• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:49 pm
  • 24/02/2026
  • Komen
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia kini memperkenalkan dua gelang kecergasan baharu iaitu Huawei Band 11 dan Huawei Band 11 Pro. Menariknya, kedua-dua model ini ditawarkan pada harga promosi bermula serendah RM149, menjadikannya antara pilihan paling mampu milik dalam kategori fitness band dengan ciri menarik.

Siri Huawei Band 11 tampil dengan paparan yang lebih besar dan lebih cerah, fungsi kesihatan yang dipertingkatkan serta beberapa ciri tambahan ala smartwatch. Ia juga menyokong pembayaran TNG eWallet melalui kod QR, sesuatu yang jarang ditawarkan pada gelang kecergasan dalam julat harga ini.



Harga Huawei Band 11 di Malaysia

Huawei Band 11 hadir dalam dua varian, manakala versi Pro pula ditawarkan dalam satu varian. Harga rasmi dan harga promosi adalah seperti berikut:

  • Huawei Band 11 (Polymer) – RM189 (Harga promosi: RM149)
  • Huawei Band 11 (Aluminium) – RM219 (Harga promosi: RM179)
  • Huawei Band 11 Pro (Aluminium) – RM269 (Harga promosi: RM229)

Sebagai tawaran pelancaran, Huawei turut menawarkan akses 1 bulan Huawei Health dan Watch Face Membership pada harga RM1.09, serta waranti APAC selama setahun bernilai sehingga RM129 secara percuma.



Huawei Band 11 dan Band 11 Pro boleh dibeli melalui TikTok Shop bermula 27 Februari, manakala Lazada, Shopee dan stor online Huawei bermula 2 Mac.

Huawei Band 11: Skrin lebih besar, ciri lebih lengkap

Huawei Band 11 kini menggunakan skrin AMOLED 1.62 inci dengan resolusi 286 × 482 piksel dan kecerahan puncak sehingga 1,500 nits. Ini merupakan peningkatan berbanding Band 10 yang hanya menggunakan skrin 1.47 inci. Walaupun saiz skrin diperbesar, ketebalannya masih kekal pada 8.99mm.

Model aloi aluminium ditawarkan dalam warna beige, hijau, ungu, putih dan hitam, dengan berat sekitar 17 gram tanpa tali. Versi polymer pula hadir dalam warna Purple dan Black, dengan berat lebih ringan sekitar 16 gram.

Band 11 menyokong lebih 100 pilihan muka jam dan turut menyokong Always-On Display untuk paparan masa yang sentiasa aktif.

Dari segi sensor, ia dilengkapi dengan sensor IMU 9 paksi, sensor kadar degupan jantung optikal serta sensor cahaya ambien. Untuk pemantauan kesihatan, ia menyokong pemantauan tidur dengan Kebolehubahan Kadar Jantung (HRV) 24/7, pemantauan SpO2, analisis emosi, kitaran haid pintar serta amaran kesihatan.

Huawei turut menyertakan fungsi amaran A-fib berserta analisis Aritmia (Arrhythmia Analysis) yang telah mendapat pengesahan daripada Medical Device Authority Malaysia. Ini memberikan keyakinan tambahan dari segi ketepatan pemantauan irama jantung.

Untuk kecergasan pula, ia menyokong sekitar 100 mod senaman termasuk yoga, latihan kekuatan dan lompat tali. Terdapat juga Active Rings untuk memberi motivasi bergerak, serta mod khas untuk pengguna kerusi roda.

Selain fungsi kesihatan, Band 11 juga boleh digunakan sebagai alat kawalan kamera jarak jauh, memaparkan notifikasi dan panggilan, serta dilengkapi aplikasi terbina dalam seperti kalkulator, kompas dan cuaca.

Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan ringan, atau 8 hari untuk penggunaan biasa. Jika Always-On Display diaktifkan, jangka hayat bateri dianggarkan sekitar 3 hari. Ia juga mempunyai penarafan kalis air 5 ATM, yang bermaksud ia boleh digunakan ketika berenang atau aktiviti air ringan.

Huawei Band 11 serasi dengan kedua-dua peranti Android dan iPhone.

Huawei Band 11 Pro: Lebih premium dengan GNSS terbina dalam

Bagi yang mahukan ciri lebih lengkap, Huawei Band 11 Pro hadir dengan reka bentuk aluminium yang diproses menggunakan proses pemotongan CNC untuk kemasan yang lebih premium. Ia masih menggunakan skrin AMOLED 1.62 inci dengan resolusi yang sama, tetapi menawarkan kecerahan lebih tinggi sehingga 2,000 nits untuk penggunaan lebih jelas di bawah cahaya matahari.

Dari segi fungsi kesihatan, model Pro turut menyokong pemantauan tidur dipertingkat, pulse wave analisis Aritmia serta amaran A-fib

Apa yang membezakan model Pro ialah kehadiran sistem GNSS terbina dalam. Ini membolehkan pengguna menjejak jarak, laluan dan kelajuan tanpa perlu bergantung kepada GPS telefon. Ciri ini sangat berguna untuk aktiviti seperti larian dan berbasikal.

Untuk tali, selain tali fluoroelastomer biasa Huawei turut menawarkan pilihan tali nylon woven dua tona berwarna hijau untuk gaya lebih unik.

Jangka hayat bateri bagi model Pro adalah sama seperti versi standard, iaitu sehingga 14 hari untuk penggunaan ringan, 8 hari penggunaan biasa dan sekitar 3 hari dengan Always-On Display diaktifkan. Ia juga mempunyai penarafan kalis air 5 ATM.

Tags: HuaweiHuawei Band 11Huawei Band 11 ProHuawei Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER