• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Buds 4 & Buds 4 Pro rasmi di Malaysia, harga dari RM699

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:03 am
  • 26/02/2026
  • Komen
Samsung Galaxy Buds 4 & Buds 4 Pro rasmi di Malaysia, harga dari RM699
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Galaxy S26, Samsung turut memperkenalkan generasi fon putik terbaharu mereka, Galaxy Buds 4 dan Galaxy Buds 4 Pro. Siri Galaxy Buds 4 ini hadir dengan rekaan serba baharu, serta peningkatan daripada segi kualiti bunyi.

Harga dan ketersediaan Galaxy Buds 4 dan Buds 4 Pro di Malaysia

Siri Galaxy Buds 4 boleh dipratempah bermula 26 Februari 2026, dengan jualan rasmi bermula 11 Mac 2026. Berikut adalah harga jualannya:



  • Galaxy Buds 4 Pro – RM999
  • Galaxy Buds 4 – RM699

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan diskaun 10% untuk siri Buds 4 apabila membeli model sirii Galaxy S dan Z terpilih. Promosi ini sah dari 26 Februari 2026 hingga 31 Mei 2026.

Selain itu, ahli Samsung Members yang layak boleh nikmati diskaun eksklusif 10% dengan menebus baucar di aplikasi Samsung Member untuk membeli siri Galaxy Buds 4, sama ada di kedai melalui Endless Aisle atau secara online.



Spesifikasi Samsung Galaxy Buds 4 dan Buds 4 Pro

Satu perubahan besar pada siri Galaxy Buds 4 adalah ia menggunakan reka bentuk “blade” yang baharu, menampilkan stem rata berkemasan logam dan bukan lagi “Blade Lights” seperti Galaxy Buds 3. Samsung katakan reka bentuk ini dibangunkan melalui analisis data daripada ratusan juta titik data telinga di seluruh dunia, dengan lebih 10,000 simulasi dijalankan untuk dapatkan bentuk yang paling sesuai. Hasilnya, kepala fon putik kini lebih kecil dan lebih ergonomik.

Galaxy Buds 4 Pro

Seperti sebelum ini, model Pro menggunakan reka bentuk bertip silikon jenis sumbat dalam telinga, manakala Buds 4 pula hadir dengan reka bentuk terbuka tanpa tip silikon.

Galaxy Buds 4

Selain itu, stem rata pada siri Galaxy Buds 4 masih berfungsi sebagai kawalan sentuhan. Namun kali ini, Samsung menambah ukiran (engraved) pada bahagian stem tersebut untuk memudahkan pengguna mengenal pasti dan melaras tetapan dengan lebih tepat. Bekas pengecas pun dah diperbaharui, kali ini guna bentuk clamshell boleh dibaring rat dengan penutup lutsinar, yang bukan sahaja nampak lebih moden, malah lebih praktikal untuk menyimpan dan mengecas fon putik.

Untuk pilihan warna, kedua-dua model ditawarkan dalam warna putih dan hitam dengan kemasan matte. Buds 4 Pro pula ada pilihan warna Pink Gold yang eksklusif online sahaja. Daripada segi penarafan, Galaxy Buds 4 diiktiraf kalis percikan air IP54 untuk fon putik, manakala model Pro pada IP57.

Untuk audio, Buds 4 Pro menerima peningkatan paling ketara. Ia kini dilengkapi woofer lebih besar dengan kawasan efektif hampir 20% lebih luas berbanding generasi sebelumnya. Ia menggunakan speaker dua hala, menampilkan pemandu woofer bersaiz 11mm, bersama tambahan tweeter. Sementara itu, Buds 4 Pro pula menggunakan speaker 1 hala, dengan pemandu bersaiz 11mm, tanpa tweeter.

Kedua-dua fon putik juga menyokong audio 24-bit/96kHz untuk pengalaman pendengaran HiFi dengan bunyi lebih jelas dan terperinci. Namun, ciri ini hanya boleh didapatkan dengan peranti Samsung terkini yang menjalankan One UI 6.1.1 dan ke atas. Untuk sambungan, kedua-dua Buds 4 dan Buds 4 Pro menggunakan Bluetooth 6.1, serta memiliki sokongan codec SSC, SSC UHQ, AAC, SBC dan LC3.

Selain itu, Samsung juga menyatakan susunan dalaman speaker juga dioptimumkan untuk memaksimumkan prestasi penyaring hingar aktif (ANC) serta mengurangkan gangguan angin dan bunyi luar. Siri Galaxy Buds 4 turut menampilkan fungsi ANC yang dipertingkat untuk menapis bunyi persekitaran seperti enjin kenderaan, bunyi trafik atau suasana bising dalam pengangkutan awam.

Terdapat juga ciri Adaptive ANC dan Adaptive EQ yang menganalisis cara pemakaian dan bentuk telinga pengguna secara masa nyata. Sistem ini akan melaras frekuensi dan algoritma ANC secara automatik untuk memberikan pengalaman bunyi yang lebih diperibadikan.

Untuk panggilan pula, ia turut menyokong Super Clear Call yang menggunakan teknologi super wideband serta pembelajaran mesin untuk mengurangkan bunyi latar dan meningkatkan kejelasan suara. Samsung mendakwa ia menawarkan bandwidth dua kali ganda berbanding panggilan Bluetooth biasa.

Bagi pengguna Galaxy, Buds 4 Pro dan Buds 4 menawarkan integrasi yang lebih mendalam dengan ekosistem Samsung. Pengguna boleh mengaktifkan agen AI seperti Bixby, Google Gemini dan Perplexity menggunakan kawalan suara tanpa perlu menyentuh telefon. Buds4 Pro juga menyokong kawalan gerakan kepala (Head Gesture) untuk menjawab atau menolak panggilan secara bebas tangan.

Dari segi bateri, Galaxy Buds 4 boleh menawarkan masa mendengar lagu sehingga 5 jam dengan fon putik dan sehingga 24 jam bersama bekas pengecas jika ANC dihidupkan, dan sehingga 30 jam dengan bekas pengecas jika ANC dimatikan. Untuk Galaxy Buds 4 Pro pula, jika ANC dihidupkan, hayat bateri boleh capai sehingga 6 jam pada fon putik dan sehingga 26 jam dengan bekas pengecas, manakala sehingga 30 jam kalau ANC dimatikan.

Tags: Galaxy Buds 4Galaxy Buds 4 Prosamsungsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Samsung Galaxy Buds 4 & Buds 4 Pro rasmi di Malaysia, harga dari RM699

Samsung Galaxy Buds 4 & Buds 4 Pro rasmi di Malaysia, harga dari RM699

26 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER