• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:15 pm
  • 02/03/2026
  • Komen
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Mobile Congress World 2026 yang berlangsung di Barcelona, Honor telah memperkenalkan Magic V6, telefon lipat generasi terbaharu mereka. Ia merupakan pengganti kepada Magic V5 tahun lalu.

Walaupun reka bentuk keseluruhannya masih kekal sama seperti generasi sebelumnya, model baharu ini tampil dengan rekaan yang lebih nipis, tahap ketahanan yang dipertingkat, serta cip pemproses yang lebih berkuasa.



Spesifikasi Honor Magic V6

Jika Magic V5 sebelum ini digelar antara telefon lipat paling nipis di dunia dengan ketebalan 4.1mm apabila dibuka, Magic V6 kini tampil sedikit lebih nipis pada 4.0mm dalam keadaan dibuka dan 8.75mm apabila dilipat (untuk varian warna putih). Dari segi berat, model putih seberat 219g manakala pilihan warna lain seperti merah, emas dan hitam mencecah 224g.

Antara peningkatan paling ketara ialah penarafan ketahanan. Magic V6 hadir dengan pensijilan IP68 dan IP69, menjadikannya antara telefon lipat pertama yang menawarkan perlindungan air dan debu pada tahap tersebut. Ia turut menggunakan engsel baharu “Super Steel Hinge” yang dikatakan lebih tahan lasak, namun jangka hayat lipatan sehingga 500,000 kali sama seperti generasi terdahulu.



Untuk paparan utama, Magic V6 menggunakan skrin dalaman 7.95 inci jenis LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2,352 × 2,172 piksel. Ia dilindungi kaca ultra nipis (UTG) dengan kesan lipatan dikurangkan sehingga 44%, serta lapisan anti-reflektif bagi meningkatkan keterlihatan. Kecerahan puncak panel ini mencecah 5,000 nits.

Skrin luar pula bersaiz 6.52 inci, sedikit lebih besar dari model sebelum ini 6.43″, juga jenis LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2,420 × 1,080 piksel. Ia menyokong kecerahan puncak sehingga 6,000 nits, menjadikannya lebih mudah dilihat di bawah cahaya terang.

Magic V6 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, digandingkan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1 sebesar 512GB. Ia menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16, dengan HONOR menjanjikan sehingga tujuh kemas kini Android. Peranti ini juga menyokong sambungan merentas platform, termasuk integrasi dengan peranti Apple.

Dari segi kamera, konfigurasi masih dikekalkan seperti generasi sebelumnya. Ia hadir dengan tiga kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto periskop 64MP dan kamera ultralebar 50MP. Terdapat juga dua kamera swafoto 20MP, masing-masing ditempatkan pada skrin luar dan skrin dalam.

Kapasiti bateri pula ditingkatkan kepada 6,660mAh berbanding 6,100mAh sebelum ini. Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W tanpa wayar.

Ketersediaan Honor Magic V6

Walaupun Magic V6 telah diumumkan di peringkat antarabangsa, pelancaran ini dilihat sebagai pengenalan awal. Ia akan ditawarkan terlebih dahulu di pasaran China, dengan jualan akan bermula hujung bulan ini. Manakala ketersediaan global termasuk Malaysia masih belum diumumkan setakat ini.

Menurut laporan Gizmochina, Magic V6 dijangka tidak akan dipasarkan di luar China sehingga separuh kedua tahun 2026. Ini bermakna pelancarannya mungkin berlaku sekitar Julai atau bulan berikutnya.

Tags: honorHonor Magic V6Magic V6telefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN