• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Air 2026: Kini dengan cip M5, SSD lebih pantas dan WiFi 7, dari RM4,699

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:52 pm
  • 04/03/2026
  • Komen
MacBook Air 2026: Kini dengan cip M5, SSD lebih pantas dan WiFi 7, dari RM4,699
Share on FacebookShare on Twitter

Apple meneruskan siri pelancaran produk baharu minggu ini dengan memperkenalkan MacBook Air 2026 yang kini dikuasakan cip Apple M5. Secara keseluruhan, kemas kini kali ini lebih kepada peningkatan dalaman, dengan reka bentuk dan kebanyakan spesifikasi lain masih sama seperti model M4 yang dilancarkan tahun lalu.

Perubahan paling ketara adalah pada storan. Apple kini menghentikan pilihan storan asas 256GB, menjadikan 512GB sebagai storan minimum untuk MacBook Air baharu.



Harga MacBook Air M5 di Malaysia

MacBook Air 2026 masih ditawarkan dalam dua saiz iaitu 13 inci dan 15 inci.

Untuk model MacBook Air 13 inci, harga permulaan meningkat sedikit sebanyak RM200, menjadikan ia bermula dari RM4,699. Walau bagaimanapun, peningkatan ini datang bersama storan asas yang kini lebih besar iaitu 512GB.



Menariknya, MacBook Air 15 inci masih mengekalkan harga permulaan RM5,499, sama seperti model M4 sebelum ini.

Berikut adalah harga beberapa konfigurasi yang ditawarkan:

MacBook Air 13″ M5

  • CPU 10-teras, GPU 8-teras, 16GB + 512GB – RM4,699
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras , 16GB + 512GB – RM5,124
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 24GB + 512GB – RM5,549
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 32GB + 1TB – RM7,249
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 32GB + 2TB – RM8,949
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras , 32GB + 4TB – RM11,499

MacBook Air 15″ M5

  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 16GB + 512GB – RM5,499
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 24GB + 512GB – RM6,349
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 32GB + 1TB – RM8,049
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 32GB + 2TB – RM9,749
  • CPU 10-teras, GPU 10-teras, 32GB + 4TB – RM12,299

Apple Malaysia turut menawarkan harga pendidikan dengan model 13 inci bermula RM4,299, manakala 15 inci bermula RM5,099.

MacBook Air baharu ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Sky Blue, Silver, Starlight dan Midnight. Ketika artikel ini ditulis, model dengan cip M5 masih disenaraikan sebagai akan datang untuk pasaran Malaysia.

Spesifikasi MacBook Air M5

Secara keseluruhan, MacBook Air dengan cip M5 merupakan naik taraf kecil berbanding model M4 yang dilancarkan tahun lalu, dengan kebanyakan perubahan tertumpu pada prestasi dalaman, sepertimana model lain yang baru diumumkan.

Model 13″ menggunakan paparan Liquid Retina 13.6″ dengan resolusi 2560×1664, manakala versi 15 inci dilengkapi paparan 15.3″ Liquid Retina beresolusi 2880×1864. Kedua-duanya menawarkan kecerahan sehingga 500 nits, sokongan Wide Colour (P3) serta teknologi True Tone.

Di bahagian dalaman, cip Apple M5 menawarkan prestasi lebih tinggi, dengan Apple mendakwa ia mampu memberikan sehingga 4x prestasi AI lebih pantas berbanding model M4 sebelum ini. Selain itu, RAM juga kini lebih pantas dengan bandwidth 153GB/s, berbanding 120GB/s pada generasi sebelumnya.

Apple juga tidak lagi menawarkan storan 256GB, menjadikan 512GB sebagai storan minimum. Selain itu, buat pertama kali untuk MacBook Air, Apple turut menawarkan pilihan storan sehingga 4TB.

Satu lagi perubahan ialah penggunaan cip sambungan Apple N1 yang menyokong WiFi 7 (802.11be) dan Bluetooth 6.0.

Selain daripada peningkatan yang dinyatakan, kebanyakan spesifikasi lain kekal sama seperti generasi sebelumnya. MacBook Air masih menawarkan sehingga 18 jam hayat bateri.

Ia turut dilengkapi kamera 12MP Centre Stage yang menyokong rakaman video 1080p HD, sistem pembesar suara empat unit (enam unit untuk model 15 inci), tiga mikrofon dengan directional beamforming, bicu audio 3.5mm, serta Magic Keyboard bercahaya dengan Touch ID bersama Force Touch trackpad.

Dari segi sambungan, MacBook Air masih mengekalkan dua port Thunderbolt 4 (USB-C) serta port pengecasan MagSafe 3.

Tags: appleapple malaysiamacbook airMacBook Air 13macbook air 15MacBook Air M5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
MacBook Air 2026: Kini dengan cip M5, SSD lebih pantas dan WiFi 7, dari RM4,699

MacBook Air 2026: Kini dengan cip M5, SSD lebih pantas dan WiFi 7, dari RM4,699

4 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN