[Artikel ini dibawakan oleh AEON Bank]
AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, tampil dengan kempen Ramadan dan Syawal 2026 bertemakan “Niat di Hati, Budi Terpateri”, yang memfokuskan kepada keterangkuman kewangan, serta usaha menyantuni komuniti.
Kempen ini diinspirasikan daripada semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan, dengan mesej bahawa niat yang baik boleh dizahirkan dan diterjemahkan menjadi impak yang bermakna melalui amal dan bantuan ikhlas kepada masyarakat, lantas mencetuskan manfaat yang lebih bermakna.
Niat Demi Memperkasakan Masyarakat: Salam Prihatin 4.0
Sebagai sebahagian daripada komitmen ke arah Penciptaan Nilai Bersama (Shared Value Creation), AEON Bank meneruskan inisiatif santuni impak komuniti keterangkuman kewangan iaitu Salam Prihatin.
Untuk edisi kali ini, program tersebut membantu 100 isi rumah, melibatkan 400 penerima daripada komuniti Perumahan Pantai Permai, Kerinchi, Kuala Lumpur. Setiap keluarga menerima peruntukan sebanyak RM300, menjadikan jumlah sumbangan mencecah RM30,000.
Aktiviti pada tahun ini diadakan pada 3 Mac 2026, dengan kerjasama AEON BiG Wangsa Maju dan NGO tempatan, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP) Lembah Pantai.


Program ini bukan sekadar memberi wang sahaja. Dalam usaha mendorong keterangkuman kewangan dan memperkasakan autonomi bijak bajet di kalangan penerima sumbangan, pPasukan AEON Bank turut membimbing mereka dalam merancang bajet pembelian barangan dapur dan keperluan asas mengikut keperluan masing-masing, sama ada isi rumah berbilang generasi, keluarga dengan anak kecil, atau mereka yang menjaga ahli keluarga OKU.
Pada 3 Mac 2026, lebih 50 kakitangan AEON Bank, termasuk kepimpinan kanan AEON Bank dan AEON BiG turut hadir sebagai sukarelawan sepanjang aktiviti membeli-belah berlangsung.
Kini, Salam Prihatin telah memasuki tahun keempat dan sehingga ini, AEON Bank telah membantu hampir 2,000 penerima sumbangan sepanjang tempoh 4 tahun.
Aplikasi AEON Bank Kini Lebih Dinamik Sambil Dorong Pelanggan Celik Ringgit
Selain inisiatif komuniti, AEON Bank turut memperkenalkan beberapa tawaran dan ciri baharu yang lebih dinamik dalam aplikasi mereka untuk membantu pelanggan lebih celik Ringgit dan memudahkan pmenguruskan kewangan harian dan bulanan, di samping ganjaran berganda untuk pelanggan yang bijak merancang bajet.

Cashback Raya RM30 — Pelanggan boleh menikmati cashback atau pulangan tunai Raya bernilai RM30 apabila membayar menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di kedai yang mengambil bahagian dalam kempen MyDebit. Tawaran ini sah hingga 15 April 2026.

Savings Pot — Nikmati kadar keuntungan kompetitif sebanyak 3.00% setahun untuk Savings Pot AEON Bank, sah sehingga 31 Mei 2026.
Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) — Bagi yang memerlukan pembiayaan, AEON Bank menawarkan fasiliti pembiayaan peribadi dari RM1,000 hingga RM100,000 dengan kadar keuntungan bermula 3.88% setahun dan tempoh bayaran balik antara 3 hingga 84 bulan. Permohonan boleh dibuat sepenuhnya dalam talian melalui aplikasi AEON Bank,, dan ianya terbuka untuk rakyat Malaysia, termasuklah pekerja bergaji, mereka yang bekerja sendiri, pekerja bebas (freelancer), serta pekerja ekonomi gig dengan pendapatan minimum RM2,500 sebulan.

Neko Missions — Dapatkan cashback RM5 untuk setiap transaksi DuitNow QR melalui aplikasi AEON Bank. Tawaran ini sah sehingga 15 Mei 2026.
Neko Sensei — Penasihat kewangan yang dikuasakan AI dalam aplikasi AEON Bank. Ia direka khas untuk membantu pelanggan menjejaki dan menguruskan bajet kewangan dengan lebih dinamik.
JomPay — Pembayaran bil telekomunikasi dan utiliti kini boleh dilakukan terus dalam aplikasi AEON Bank, lantas memudahkan pengurusan kewangan harian dalam satu platform.Tiada Lagi Baki Minimum — Mulai 17 Mac 2026, AEON Bank telah memansuhkan keperluan baki minimum dalam akaun. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakan perkhidmatan perbankan digital tanpa perlu mengekalkan had baki.
Bayar Zakat Kini Mudah, Dengan Aqad Sah Menerusi Aplikasi

Baru-baru ini, AEON Bank turut memperkenalkan ciri pembayaran zakat dalam aplikasi mereka. Pelanggan kini boleh membayar 11 jenis Zakat dengan Aqad yang sah termasuk Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas, dan lain-lain hanya dengan beberapa langkah mudah.
Ciri ini dibangunkan melalui kerjasama dengan Tulus Digital, dan pembayaran boleh dibuat kepada Lembaga Zakat Selangor dan PPZ-MAIWP. Lebih banyak negeri dan pihak berkuasa Zakat akan ditambah tidak lama lagi.
AEON Bank Turun Padang ke Bazar Ramadan



Bukan setakat itu, AEON Bank turut membawa keunikan online-to-offline (O2O) dengan hadir secara fizikal di Bazar Ramadan Seksyen 2 dan 23, Shah Alam, hasil kerjasama dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor (PPPKMNS).
Para pengunjung turut menyertai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah, sampul duit Raya serta barangan rasmi AEON Bank.
Perbankan Yang Lebih Dinamik – Digital dan Patuh Syariah
Sebagai bank digital natif awan (cloud native), AEON Bank tekad dalam komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, demi memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka untuk mencapai ketidakbersandaran ekonomi, serta memangkin masa depan kewangan yang lebih inklusif. AEON Bank akan terus menyumbang ke arah pembangunan industri perbankan Islamik di rantau ini dan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON Bank dan muat turun aplikasi AEON Bank dengan mengimbas kod QR di bawah, serta tontoni video Ramadan Aidilfitri 2026 AEON Bank di saluran rasmi YouTube AEON Bank.







