Penduduk Johor kini boleh menikmati satu inisiatif baharu yang menggabungkan dua keperluan asas harian, iaitu air dan internet. Ranhill SAJ, syarikat pembekal air utama Johor mengumumkan kerjasama dengan Yes 5G, menawarkan rebat bil air kepada mereka yang melanggan pelan jalur lebar Yes 5G Advanced.
Inisiatif ini dilihat sebagai usaha untuk membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup, sambil meningkatkan akses kepada sambungan internet di seluruh Johor.
Tawaran diskaun bil air untuk pelanggan Yes 5G
Melalui kerjasama ini, pelanggan yang layak akan menerima baucar bil air sebanyak RM10.50 sebulan untuk tempoh enam bulan pertama selepas melanggan pelan Jalur Lebar Yes 5G.
Secara ringkas, pengguna bukan sahaja mendapat sambungan internet di rumah, tetapi turut menikmati penjimatan pada bil utiliti bulanan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Mohd Hedzir Hanafi, berkata, “Peranan kami bukan sekadar membekalkan air terawat dan selamat. Melalui kerjasamadengan Yes ini, kami dapat menawarkan penjimatan yang bermakna kepada isi rumah di Johor sambil menggalakkan penggunaan digital melalui aplikasi Ranhill SAJ. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah membina Johor yang lebih berhubung dan berdaya digital.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee, berkata “Sambungan internet yang boleh dipercayai kini menjadi satu keperluan untuk isi rumah. Melalui kerjasama dengan Ranhill SAJ ini, kami berbangga dapat membawa Rangkaian 5G Paling Advanced di Malaysia ke lebih banyak rumah di Johor sambil membantu keluarga menikmati penjimatan tambahan pada bil air mereka.”
Pelan Jalur Lebar Yes 5G yang layak

Terdapat tiga pilihan pelan Jalur Lebar Yes 5G yang ditawarkan untuk anda mendapatkan promosi ini, iaitu:
- Kontrak 36 bulan: RM68/bulan + router Infinite Gateway Max percuma
- Kontrak 24 bulan: RM99/bulan + router Infinite Gateway Max percuma
- Kontrak 12 bulan: RM99/bulan + RM299 untuk router Infinite Gateway Max
Semua Pelan Jalur Lebar Yes 5G ini menawarkan data dan kelajuan 5G Advanced tanpa had, serta 500GB data 4G pada kelajuan tanpa had. Selain itu, pelanggan turut menerima akses percuma selama satu tahun ke platform penstriman iQIYI.
Ia menggunakan konsep plug-and-play, jadi tidak memerlukan pemasangan kabel. Hanya pasang peranti dan ia terus boleh digunakan.
Cara untuk sertai

Bagi penduduk Johor yang berminat, proses untuk menikmati penjimatan ini agak mudah.
- Muat turun aplikasi Ranhill SAJ (Apple App Store / Google Play Store)
- Daftar mana-mana pelan Jalur Lebar Yes yang layak
- Masukkan nombor akaun air SAJ untuk pengesahan
- Setelah disahkan, baucar RM10.50 sebulan akan dikreditkan untuk 6 bulan pertama
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Yes 5G atau di mana-mana kedai Yes terpilih di Johor.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Yes 5G X Ranhill SAJ atau rujuk bahagian FAQ yang disediakan.






