• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer perkenal Swift Edge 14 AI & Swift Go 16 AI baharu dengan cip Intel Core Ultra siri 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:55 pm
  • 07/04/2026
  • Komen
Acer perkenal Swift Edge 14 AI & Swift Go 16 AI baharu dengan cip Intel Core Ultra siri 3
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini melancarkan barisan laptop Swift terbaru, Swift Edge 14 dan Swift Go 16 AI untuk tahun 2026. Kedua-dua laptop ini merupakan sekuel kepada model tahun lalu, tetapi kini telah dikemas kini dengan cip Intel Core Ultra Siri 3 (Panther Lake) baharu, sambil mengekalkan fokus pada rekaan nipis dan mudah alih.

Harga dan ketersediaan Swift 14 AI Edge dan Swift Go 16 AI

Untuk mereka yang berminat, tempahan untuk Swift Edge 14 AI dibuka dari sekarang sehingga 21 April 2026, dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Swift Edge 14 AI Core Ultra 7 355 – RM6,999
  • Swift Edge 14 AI Core Ultra 5 325 – RM5,899

Sebagai promosi pelancaran, pembeli awal turut akan menerima hadiah seperti tetikus wayarles Acer bernilai RM239 dan kredit TnG eWallet bernilai RM250.

Untuk model Swift Go 16 AI, ia tersedia untuk dibeli sekarang pada harga RM6,999 untuk satu-satunya varian dengan Intel Core X7 358H. Tetapi sempena pelancarannya, Acer turut menawarkan diskaun RM1,000, menjadikan ia boleh dibeli pada harga RM5,999, berserta hadiah percuma tetikus wayarles Acer bernilai RM239 dan kredit TnG eWallet bernilai RM250 dari sekarang hingga 20 April 2026.



Ia boleh dibeli menerusi Acer Store dan penjual rasmi Acer di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Acer Swift Edge 14 AI

Acer Swift Edge 14 AI direka untuk pengguna yang mementingkan mobiliti. Ia menggunakan rangka aloi magnesium-aluminium dengan ketahanan bertaraf MIL-STD 810H, serta berat bawah 1kg dan badan senipis 14mm. Laptop ini hadir dalam warna Aurora White, bersama engsel yang boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Skrin laptop ini bersaiz 14″ menggunakan panel OLED beresolusi 3K (WQXGA) dengan kadar segar semula 120Hz.

Dari segi prestasi, Swift Edge 14 AI ditawarkan dalam dua pilihan pemproses, iaitu Intel Core Ultra 7 355 dengan RAM LPDDR5X 16GB, atau Core Ultra 5 325 dengan RAM 32GB. Kedua-dua varian turut dilengkapi storan SSD PCIe Gen4 berkapasiti 1TB. Tiada GPU khusus disediakan, sebaliknya ia menggunakan grafik terbina dalam cip pemproses.

Seperkara baru pada laptop ini adalah pada pad sesentuhnya, di mana ia kini lengkap kawalan media terbina. Ia juga dilengkapi butang Acer My Key yang boleh ditetapkan untuk membuka aplikasi, laman web atau fungsi tertentu. Untuk audio, laptop ini menggunakan dua pembesar suara dengan sokongan DTS:X Ultra.

Untuk bateri, ia dilengkapi unit 65Wh yang dikatakan mampu bertahan sepanjang hari, walaupun Acer tidak menyatakan angka penggunaan sebenar. Walaupun tampil nipis, pilihan port masih agak lengkap termasuk satu port HDMI 2.1, dua USB-C (Thunderbolt 4), dua USB-A dan satu jek audio 3.5mm.

Ia turut menyokong WiFi 7 serta dilengkapi kamera IR 1080p.

Spesifikasi Acer Swift Go 16 AI

Beralih kepada Swift Go 16 AI, ia merupakan model lebih besar dan berkuasa. Ia dilengkapi skrin OLED berukuran 16″ dengan kadar segar semula 120Hz beresolusi 3K. Walaupun lebih besar, ia masih kekal mudah alih dengan berat sekitar 1.36kg dan ketebalan 15.7mm, dengan rangka diperbuat daripada aluminium.

Di dalam, ia dikuasakan cip Intel Core Ultra X7 358H bersama grafik Intel Arc B390 terbina. Kombinasi ini dipadankan dengan RAM 32GB LPDDR5X dan storan SSD Gen4 seluas 1TB.

Menurut Acer, grafik Intel Arc ini menyokong ray tracing dan mampu memberikan prestasi gaming yang lancar, dengan permainan seperti Valorant boleh mencapai lebih 200fps.

Laptop ini turut dilengkapi bateri 71Wh, serta ciri yang sama seperti model Edge, termasuk pad sesentuh dengan kawalan media, pembesar suara DTS:X Ultra dan kamera IR terbina. Dari segi sambungan, ia turut menyokong WiFi 7, dan menawarkan pilihan port dua USB-C (Thunderbolt 4), dua USB-A 3.2, satu HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Swift Edge 14 AI dan Swift Go 16 AI.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer swiftAcer swift Edge 14 AIAcer Swift Go 16 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Acer perkenal Swift Edge 14 AI & Swift Go 16 AI baharu dengan cip Intel Core Ultra siri 3

Acer perkenal Swift Edge 14 AI & Swift Go 16 AI baharu dengan cip Intel Core Ultra siri 3

7 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN