[Artikel ini dibawakan oleh Astro]
Astro kini membawa kembali kempen BizOne Rewards dalam versi baharu dengan pendekatan yang lebih praktikal untuk pengusaha F&B. Berbeza dengan sebelum ini, kempen kali ini tidak lagi bergantung pada cabutan bertuah, sebaliknya menawarkan ganjaran pemasaran terjamin dengan nilai keseluruhan mencecah sehingga RM17.5 juta.
Kempen ini berlangsung dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027, dengan matlamat membantu premis F&B menarik lebih ramai pelanggan, sambil mengembangkan jenama mereka.
Tiada lagi nasib, kini semua layak terima ganjaran
Perubahan paling ketara untuk edisi 2026 adalah pada format kempen itu sendiri. Jika sebelum ini ganjaran diberikan melalui cabutan bertuah, kini Astro memperkenalkan sistem baharu di mana setiap premis yang melanggan pakej BizOne akan menerima ganjaran pemasaran secara automatik, bergantung kepada pelan langganan mereka.
Ini bermaksud, lebih mudah untuk perniagaan kecil menikmati pendedahan tanpa perlu bergantung kepada nasib. Ganjaran yang ditawarkan merangkumi promosi melalui Televisyen, Radio dan platform digital Astro.
Kempen terdahulu terbukti berkesan
Pada kempen yang lalu, sebanyak 200 premis F&B di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu bentuk sokongan pemasaran melalui platform Astro.
Daripada jumlah itu:
- 87 premis dipromosikan melalui Astro Audio Ads
- 48 premis tampil dalam program seperti Buletin Awani dan Borak SeeNI
Pendedahan ini memberi nilai besar kepada perniagaan kecil, terutamanya dalam membantu mereka capai lebih ramai pelanggan di seluruh negara.
Pemasaran penting untuk perkembangan F&B
Menurut Astro, kos pemasaran yang semakin meningkat membuatkan ramai pengusaha F&B mencari cara yang lebih praktikal untuk menonjolkan perniagaan mereka. Melalui gabungan saluran TV, radio dan digital, Astro BizOne Rewards direka untuk memberikan pendedahan yang lebih mudah diakses kepada perniagaan kecil.
Berdasarkan kempen tahun lalu, pendekatan ini terbukti berkesan apabila ramai premis berjaya menarik lebih ramai pelanggan, sekali gus menunjukkan impak sebenar kepada pertumbuhan perniagaan mereka.
Testimoni: Pelanggan baharu datang selepas iklan radio
Salah satu contoh kejayaan datang daripada Encik Irfan, iaitu pemilik Restoran Nasi Lemak Burung Hantu Gombak. Menurut beliau, kempen Astro Audio Ads berjaya menarik pelanggan baharu yang sebelum ini sukar dicapai melalui usaha sendiri.
Tidak lama selepas iklan disiarkan, pelanggan mula datang dan ada yang memaklumkan mereka mengetahui tentang restoran tersebut melalui radio. Sejak itu, aliran pelanggan menjadi lebih konsisten dan membantu perkembangan perniagaan beliau.
Tiga tahap ganjaran ikut pelan langganan

Premis F&B yang melanggan pakej Astro BizOne akan menerima satu ganjaran pemasaran terjamin berdasarkan nilai langganan bulanan minimum mereka.
Berikut adalah tiga pakej yang ditawarkan:
Astro Audio Ads + Slot Buletin Awani (Langganan minimum RM1,200 sebulan | Nilai ganjaran: ±RM163,000)
- Slot 1 minit + temubual di Buletin Awani
- Liputan di platform digital dan sosial Astro Awani
- 56 slot iklan radio selama 7 hari (8 kali sehari)
Astro Audio Ads + Slot TV Borak SeeNI (Langganan minimum RM1,000 sebulan | Nilai ganjaran: ±RM111,000)
- Segmen khas di Borak SeeNI (Astro Prima)
- Pendedahan di platform sosial program
- 56 slot iklan radio selama 7 hari
Astro Audio Ads + Artikel Majalah Digital (Langganan minimum RM800 sebulan | Nilai ganjaran: ±RM78,000)
- Iklan radio 30 saat (35 kali dalam 7 hari) – siaran di rangkaian Astro Radio seperti ERA, Hitz, Mix, Sinar dan lain-lain
- Artikel di majalah digital seperti Rasa, Maskulin, Nona dan Vanilla Kismis
Lebih daripada sekadar pemasaran
Selain manfaat pemasaran, Astro BizOne turut menawarkan pakej hiburan lengkap untuk premis, termasuk siaran sukan popular seperti Premier League, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Formula 1, tenis dan kriket.
Ditambah dengan lebih 26 saluran lain, pakej ini direka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di premis, sambil membantu menarik lebih ramai pengunjung.
Cara untuk sertai
Kempen Astro BizOne Rewards ini berlangsung dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027. Ia terbuka kepada premis F&B baharu yang melanggan pakej BizOne dengan harga minimum RM800 sebulan. Ganjaran akan diberikan secara automatik berdasarkan pelan langganan.
Selepas langganan diaktifkan, Astro akan mengesahkan kelayakan dan menghubungi premis dalam tempoh 60 hari untuk proses penebusan ganjaran.
Premis yang berminat boleh hubungi AstroBiz Sales atau mana-mana Rakan Perniagaan Sah, atau terus menghubungi saluran khidmat pelanggan AstroBiz di talian +603 9544 7566 atau e-mel [email protected].
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi AstroBiz.






