• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra Evolve 3 dan PanaCast Room Kit kini di Malaysia, harga dari RM2,500

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:13 pm
  • 14/04/2026
  • Komen
Jabra Evolve 3 dan PanaCast Room Kit kini di Malaysia, harga dari RM2,500
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini, semakin banyak syarikat beralih kepada model kerja hibrid, termasuk sektor kerajaan yang turut menggalakkan pendekatan ini susulan situasi semasa seperti krisis minyak global. Seiring dengan perubahan ini, keperluan terhadap peralatan kerja yang lebih fleksibel dan berkualiti juga semakin meningkat.

Untuk memenuhi keperluan tersebut, Jabra, pengeluar produk audio terkemuka hari ini memperluaskan ekosistem produk kerja hibrid mereka di Malaysia dengan memperkenalkan siri fon kepala baharu Jabra Evolve3, bersama solusi persidangan video PanaCast Room Kit.



Siri Evolve 3 ini merupakan kesinambungan kepada Evolve 2 yang diperkenalkan beberapa tahun lalu dan kali ini hadir dalam dua model iaitu Evolve 3 85 dan Evolve 3 75. PanaCast Room Kit pula terdiri daripada beberapa komponen, termasuk PanaCast 55 VBS terbaharu mereka.

Harga dan ketersediaan

Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua fon kepala Evolve3 kini sudah mula dijual dengan harga berikut:



  • Evolve3 85 – RM3,000
  • Evolve3 75 – RM2,500

Ia boleh didapati menerusi stor rasmi Jabra di Lazada dan Shopee.

Evolve 3 85 (Lazada, Shopee), Evolve 3 75 (Lazada, Shopee)

Bagi PanaCast Room Kit, ia ditawarkan pada harga antara RM35,000 hingga RM75,000, dan dijangka tersedia sekitar Q2 2026.

Ciri-ciri Jabra Evolve 3 85 dan Evolve 3 75

Jabra Evolve 3 75

Kedua-dua model ini merupakan fon kepala tanpa wayar yang ditujukan untuk kegunaan profesional, khususnya dalam persekitaran kerja hibrid. Jabra turut menggelarkan siri Evolve 3 sebagai set kepala profesional paling canggih mereka setakat ini.

Jabra Evolve 3 85

Salah satu perubahan utama berbanding generasi sebelumnya ialah reka bentuk tanpa boom mic. Sebagai gantinya, Jabra menggunakan sistem mikrofon berbilang yang dikuasakan teknologi ClearVoice dan deep neural network (DNN). Menurut Jabra, teknologi ini dilatih menggunakan lebih 60 juta ayat dunia sebenar bagi membezakan suara pengguna daripada bunyi latar, sekali gus memastikan perbualan yang lebih jelas dan bersih.

Jabra Evolve 3 75

Dari segi perbezaan antara dua model ini, Evolve3 85 hadir dengan rekaan over-ear, manakala Evolve3 75 menggunakan rekaan on-ear yang lebih kompak dan ringan. Kedua-duanya turut boleh dilipat dan hadir dengan sarung untuk mudah disimpan dan dibawa.

Hayat bateri juga sedikit berbeza, di mana model 85 menawarkan sehingga 25 jam masa panggilan atau 120 jam penggunaan media dengan ANC aktif, manakala model 75 pula menawarkan sehingga 22 jam masa panggilan dan 110 jam penggunaan media. Kedua-duanya turut menyokong pengecasan pantas, dengan pengecasan selama 10 minit dikatakan mampu memberikan sehingga 10 jam penggunaan, dan menariknya menyokong pengecasan wayarles.

Jabra Evolve 3 75

Selain daripada itu, kedua-duanya berkongsi perkara sama. Kedua-duanya dilengkapi pemacu audio 32mm, sokongan ANC adaptif, audio spatial, serta sambungan Bluetooth Low Energy dengan Google Fast Pair. Kedua-duanya juga diiktiraf untuk platform seperti Zoom dan Microsoft Teams, serta menyokong arahan suara melalui pembantu AI pilihan anda untuk penggunaan bebas tangan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Evolve 3 85 dan Evolve 75.

Ciri-ciri PanaCast Room Kit

Untuk PanaCast Room Kit, ia merupakan solusi persidangan video Jabra yang direka untuk bilik mesyuarat, dengan gabungan beberapa komponen dalam satu sistem lengkap. Berbeza dengan produk PanaCast sebelum ini yang digunakan secara berasingan, sistem ini merangkumi PanaCast 55 VBS, SpeakerMic, serta kamera utama Huddly L1, bersama pilihan tambahan kamera Huddly Crew.

Sistem ini boleh dikonfigurasi mengikut saiz dan susun atur bilik, dengan pilihan satu, tiga atau lima kamera bagi memastikan liputan visual dan audio yang menyeluruh. Ia juga direka dengan pemasangan jenis plug-and-play, jadi lebih mudah untuk disediakan tanpa memerlukan konfigurasi atau pemasangan yang rumit.

Dari segi video, ia menggunakan teknologi panoramik Jabra bersama sistem multi-kamera pintar. Dengan bantuan AI, kamera mampu mengesan dan memfokuskan secara automatik pada individu yang sedang bercakap, sambil memaparkan keseluruhan bilik melalui paparan picture-in-picture.

Dengan adanya SpeakerMic, sistem ini turut menawarkan liputan audio yang lebih menyeluruh dalam bilik mesyuarat. Ia berfungsi sebagai sambungan audio tambahan yang membolehkan suara ditangkap dengan jelas dari pelbagai sudut, sekali gus memastikan peserta di dalam bilik mahupun yang menyertai secara jauh dapat mengikuti perbincangan dengan lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk PanaCast Room Kit.

Tags: JabraJabra Evolve 3 75Jabra Evolve 3 85Jabra PanaCast Room Kit
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Jabra Evolve 3 dan PanaCast Room Kit kini di Malaysia, harga dari RM2,500

Jabra Evolve 3 dan PanaCast Room Kit kini di Malaysia, harga dari RM2,500

14 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN