• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A7 Pro tiba, telefon bajet dengan skrin 6.9″ 120Hz dan sokongan HyperOS 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:34 pm
  • 20/04/2026
  • Komen
Redmi A7 Pro tiba, telefon bajet dengan skrin 6.9″ 120Hz dan sokongan HyperOS 3
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi kini secara rasmi melancarkan Redmi A7 Pro di Malaysia, telefon kelas permulaan 4G terbaharu yang dilihat menggantikan Redmi A5. Ia juga menjadi model Pro pertama dalam siri Redmi A, hadir dengan beberapa naik taraf ketara seperti skrin lebih besar, bateri tahan lama, dan menyokong perisian yang lebih moden.

Harga dan ketersediaan Redmi A7 Pro di Malaysia

Redmi A7 Pro kini sudah boleh dibeli di Malaysia dalam dua varian storan:



  • 4GB + 64GB — RM399
  • 4GB + 128GB — RM449

Ia tersedia dalam tiga pilihan warna, Sunset Orange, Black, dan Mist Blue, dan boleh didapati di semua kedai Xiaomi seluruh Malaysia, mi.com, serta stor rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Spesifikasi Redmi A7 Pro

Sebagai telefon kelas permulaan, Redmi A7 Pro dikuasakan cip Unisoc T7250 12nm yang hanya menyokong 4G. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4X 4GB dan storan dalaman UFS 2.2 sehingga 128GB.



Skrinnya jenis LCD berukuran 6.9″ dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi HD+. Panel ini turut menyokong kecerahan puncak 800 nits, dilengkapi Wet Touch Technology 2.0 yang memastikan skrin tetap responsif walaupun jari dalam keadaan basah. Untuk keselesaan mata, skrin ini turut mendapat pensijilan TÜV Rheinland dan menyokong DC dimming.

Untuk kamera, Redmi A7 Pro menampilkan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP. Kedua-duanya menyokong rakaman video pada resolusi 1080p 30fps.

Redmi A7 Pro dibekalkan dengan bateri 6,000mAh yang Xiaomi dakwa mampu bertahan lebih dua hari dengan satu cas. Dalam penggunaan biasa, ia boleh menampung sehingga 49 jam panggilan, 35 jam main video, atau 77 jam mendengar muzik. Pengecasan berwayar pula disokong pada 15W.

Dari segi perisian, telefon ini menjalankan HyperOS 3, kali pertama Xiaomi membawa HyperOS ke siri Redmi A. Pengguna turut mendapat sokongan Google Gemini dan Circle to Search untuk carian yang lebih intuitif. Xiaomi HyperIsland hadir untuk memudahkan multitasking, manakala Xiaomi Interconnectivity membolehkan peranti Xiaomi saling berhubung dengan lebih mudah.

Dari segi reka bentuk, Redmi A7 Pro hadir dengan badan nipis 8.15mm dan berat 208g. Ia turut dilengkapi speaker dengan peningkatan kelantangan sehingga 200%, jack audio 3.5mm, pengimbas cap jari di butang kuasa, dan sokongan NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi A7 Pro.

Tags: RedmiRedmi A7 Proxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Redmi A7 Pro tiba, telefon bajet dengan skrin 6.9″ 120Hz dan sokongan HyperOS 3

Redmi A7 Pro tiba, telefon bajet dengan skrin 6.9″ 120Hz dan sokongan HyperOS 3

20 April 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN