• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:02 pm
  • 24/04/2026
  • Komen
Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia kini melancarkan dua telefon gaming baharu di Malaysia, iaitu Nubia Neo 5 5G dan Nubia Neo 5 GT 5G. Nubia mengatakan kedua-dua model ini direka khas untuk golongan gamer, dengan tumpuan kepada prestasi tinggi, skrin responsif, dan bateri tahan lama pada harga yang lebih mampu milik

Sebagai tambahan, kedua-dua model hadir dengan pembungkusan eksklusif dengan tema permainan Delta Force, menawarkan pengalaman buka kotak lebih menarik.



Harga dan ketersediaan siri Nubia Neo 5

Untuk mereka yang berminat, tempahan siri Nubia Neo 5 telah dibuka sekarang sehingga 29 April, dan ia boleh dibeli pada harga seperti berikut:

  • Nubia Neo 5 5G (8+12GB + 256GB) — RM1,199 (harga biasa RM1,299)
  • Nubia Neo 5 GT 5G (12+12GB + 256GB) — RM1,799
  • Nubia Neo 5 GT 5G (12+12GB + 512GB) — RM1,999

Dari segi pilihan warna, Neo 5 5G tersedia dalam warna Shadow Black dan Titanium Gold, manakala Neo 5 GT 5G pula Phantom Black Stellar Silver, dan Electro Gold.



Pembeli awal turut layak mendapat hadiah percuma, termasuk:

  • Neo 5 5G — hadiah bernilai sehingga RM398, termasuk waranti 1+1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun
  • Neo 5 GT 5G — hadiah bernilai sehingga RM879, termasuk kotak aksesori gaming, waranti 1+1 tahun, dan perlindungan skrin 1 tahun

Anda boleh dapatkan siri Nubia Neo 5 menerusi Lazada, Shopee, dan TikTok Shop menerusi pautan di bawah:

  • Neo 5 5G – Lazada, Shopee, TikTok
  • Neo 5 GT 5G – Lazada, Shopee

Jualan terbuka akan bermula pada 30 April 2026.

Spesifikasi Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT

Nubia Neo 5 GT

Walaupun kedua-dua model berkongsi beberapa ciri asas, abangnya Neo 5 GT 5G hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Neo 5 5G.

Nubia Neo 5 5G menampilkan skrin IPS LCD 6.8″ HD+ dengan kadar segar semula 120Hz menyokong kecerahan 1,000 nits, bateri 6,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, dan speaker stereo. Ia juga menyokong bypass charging, membolehkan pengguna bermain game semasa mengecas tanpa memanaskan bateri secara berlebihan.

Nubia Neo 5 GT 5G pula hadir dengan skrin AMOLED 6.8″ 1.5K dengan kadar segar semula lebih pantas 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan yang lebih tinggi pada 3,049Hz untuk tindak balas pantas. Ia juga menggunakan bateri lebih besar pada 6,210mAh dengan pengecasan 80W. Sistem penyejukannya juga lebih canggih, dikatakan Nubia diinspirasi daripada reka bentuk REDMAGIC through-flow duct dengan seni bina terma berbilang lapisan untuk pelesapan haba yang lebih efisien.

Model Neo 5 dikuasakan cip Unisoc T9300, manakala model GT dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7400 yang lebih berkuasa.

Selain itu, model GT juga dilengkapi kipas RGB terbina dalam bersama lampu berbentuk mata yang digelar Eagle Eye pada panel belakang, manakala Neo 5 5G hanya hadir dengan lampu sahaja.

Nubia Neo 5 GT

Kedua-dua model berkongsi beberapa ciri gaming utama. Ini termasuk butang bahu Neo Triggers 5.0 pada kadar 550Hz untuk kawalan yang lebih responsif, serta Magic Touch 3.0 yang memastikan skrin tetap responsif walaupun tangan dalam keadaan berpeluh atau basah.

Untuk kamera, kedua-duanya dilengkapi kamera utama 50MP, kamera depth 2MP dan kamera selfie 16MP.

Dari segi AI, kedua-dua model dilengkapi AI Copilot Demi 2.0, pembantu pintar yang menawarkan coaching gaming masa nyata serta chatbot dikuasakan AI dan fungsi balas automatik semasa bermain supaya pengguna tidak terlepas mesej penting. Ciri AI tambahan seperti terjemahan masa nyata, pengesanan penipuan, dan penjanaan kandungan turut disertakan. Ia menjalankan sistem operasi MyOS 16 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT.

Tags: NubiaNubia MalaysiaNubia Neo 5Nubia Neo 5 5GNubia Neo 5 GT 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

24 April 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN