• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:15 pm
  • 04/05/2026
  • Komen
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda tengah cari telefon kelas pertengahan daripada Samsung, sekarang mungkin adalah masa paling tepat. Samsung kini menjalankan promosi untuk kedua-dua telefon siri A terbaharu mereka, iaitu Galaxy A37 5G dan Galaxy A57 5G dengan penjimatan sehingga RM900 untuk tempoh terhad.

Promosi 5.5 ini berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2026. Penjimatan paling ketara adalah pada Galaxy A57 5G yang kini boleh dibeli pada harga RM1,799 untuk varian 12GB + 512GB, turun daripada harga asal RM2,699. Penjimatan RM900 ini merangkumi rebat pelancaran RM300, rebat jualan 5.5 sebanyak RM400, dan rebat tambahan RM200 untuk pembayaran menggunakan Kad Debit/Kredit Maybank, Kad Debit/Kredit CIMB, atau Shopee PayLater.



Galaxy A37 5G pula boleh dibeli pada harga RM1,499 untuk varian 8GB + 256GB, turun daripada harga asal RM1,899 menjumlahkan penjimatan sebanyak RM400.

Kalau berminat untuk dapatkan, anda boleh singgah ke stor online Samsung Malaysia untuk Galaxy A57 5G dan A37 5G.



Spesifikasi Galaxy A37 dan Galaxy A57

Galaxy A57

Kedua-dua model ini berkongsi beberapa spesifikasi utama yang sama. Skrinnya adalah Super AMOLED+ 6.7 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W, dan menjalankan One UI 8.5 berasaskan Android 16, dengan jaminan sokongan kemas kini sehingga 6 tahun.

Dari segi kamera, Galaxy A57 5G dilengkapi kamera utama 50MP, ultralebar 12MP, makro 5MP, dan kamera selfie 12MP. Galaxy A37 5G pula mengekalkan tetapan kamera yang hampir sama, kecuali kamera ultralebar yang menggunakan sensor lebih kecil pada 8MP.

Galaxy A37

Perbezaan utama antara kedua-dua model adalah pada cip Galaxy A57 5G menggunakan Exynos 1680, manakala Galaxy A37 5G dikuasakan Exynos 1480.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy A57 dan A37.

Tags: Galaxy A37Galaxy A57samsungsamsung galaxySamsung Galaxy A37Samsung Galaxy A57samsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN