• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ryt Bank lancar Ryt Invest, mula melabur dari RM1 dengan bonus 1% setahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:13 pm
  • 28/05/2026
  • Komen
Ryt Bank lancar Ryt Invest, mula melabur dari RM1 dengan bonus 1% setahun
Share on FacebookShare on Twitter

Ryt Bank kini memperkenalkan ciri pelaburan baharu dalam aplikasi mereka yang dinamakan Ryt Invest, membolehkan pengguna mula melabur dengan jumlah serendah RM1. Ciri ini dibangunkan dengan kerjasama Opus Asset Management, dan bertujuan untuk membuka akses pelaburan yang lebih mudah kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ryt Bank, ini juga menjadikan mereka antara bank digital terawal yang menawarkan dana pelaburan dikendalikan pakar secara terus dalam aplikasi.



Dengan Ryt Invest, pengguna kini boleh melabur terus melalui aplikasi bank tanpa perlu menggunakan platform berasingan. Di peringkat awal, terdapat tiga pilihan dana yang ditawarkan, masing-masing menyasarkan keperluan dan tahap risiko yang berbeza.

Tiga pilihan dana ditawarkan

Ryt Invest SavePlus merupakan pilihan berisiko lebih rendah dan patuh Syariah. Ia turut hadir dengan 0% caj jualan serta penyelesaian pantas T+1 merentasi semua dana. Ryt Invest Income pula memberi fokus kepada pulangan jangka panjang yang lebih stabil melalui pelaburan yang dipelbagaikan.



Bagi mereka yang ingin menambah variasi portfolio, Ryt Invest Gold menawarkan pendedahan kepada aset berkaitan emas, sesuai sebagai langkah diversifikasi ketika keadaan pasaran berubah-ubah.

Kesemua dana ini diuruskan oleh Opus Asset Management, yang mempunyai lebih RM10 bilion aset di bawah pengurusan serta pengalaman industri melebihi 25 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Wilson Soon berkata, “Ryt Invest bukan sekadar produk pelaburan biasa, tetapi tentang membuka akses. Bagi ramai rakyat Malaysia, pelaburan sering dilihat sebagai sesuatu yang rumit, mahal, atau tidak berkait rapat dengan perbankan harian. Dengan Ryt Invest, kami membawa kepakaran pelaburan yang digunakan oleh institusi besar terus ke dalam aplikasi yang sama digunakan pelanggan untuk simpan, belanja dan membuat pembayaran.”

Promosi tambahan sehingga 1% setahun

Bersempena pelancaran, Ryt Bank turut menawarkan ganjaran tambahan 1% setahun ke atas jumlah pelaburan pengguna, tanpa had maksimum.

Ganjaran ini akan:

  • Dikira setiap hari (berdasarkan jumlah pelaburan)
  • Dikreditkan setiap minggu ke dalam akaun Ryt Pocket

Untuk menikmatinya, pengguna hanya perlu melengkapkan pelaburan pertama mereka, dan bonus 1% ini akan diberikan selama 90 hari.

Promosi ini berlangsung dari 28 Mei hingga 31 Ogos 2026.

Cara mula melabur dengan Ryt Invest

Untuk mula melabur, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Ryt Bank dan pilih bahagian Ryt Invest. Dari situ, anda boleh memilih dana yang diinginkan dan tekan pilihan “Invest from RM1”.

Seterusnya, lengkapkan penilaian risiko, masukkan jumlah pelaburan dan sahkan transaksi untuk memulakan pelaburan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Ryt Invest, bahagian FAQ, atau rujuk terma dan syarat kempen di laman web rasmi Ryt Bank.

Tags: Bank DigitalRyt Bankytl
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ryt Bank lancar Ryt Invest, mula melabur dari RM1 dengan bonus 1% setahun

Ryt Bank lancar Ryt Invest, mula melabur dari RM1 dengan bonus 1% setahun

28 May 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN