• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Synology perkenal DSM baharu dengan sokongan AI dan perluas ekosistem siri Bee di Computex 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:35 pm
  • 09/06/2026
  • Komen
Synology perkenal DSM baharu dengan sokongan AI dan perluas ekosistem siri Bee di Computex 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Di COMPUTEX 2026, Synology memperlihatkan hala tuju terbaharu mereka dalam pengurusan data dengan memperkenalkan pelbagai produk dan kemas kini yang memfokuskan kepada AI, keselamatan siber serta kerjasama digital di tempat kerja.

Antara yang diumumkan termasuk DiskStation Manager (DSM) generasi baharu, ActiveProtect Manager 2.0, perkakasan perlindungan data DP5200, ciri baharu dalam Synology Office Suite, ekosistem pengawasan keselamatan yang dipertingkat, serta penambahan dalam siri Bee Series untuk pengguna individu dan rumah.



Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Synology, Philip Wong, data kini menjadi asas kepada hampir semua aktiviti digital, dan kepercayaan pengguna merupakan perkara paling penting dalam pembangunan produk mereka.

DSM generasi baharu kini lebih bersedia untuk AI

Salah satu pengumuman terbesar Synology di COMPUTEX 2026 ialah DSM generasi baharu. Jika sebelum ini DSM lebih dikenali sebagai sistem pengurusan storan, kini ia turut berfungsi sebagai platform data yang membantu organisasi mengurus dan menjalankan aplikasi AI dalam infrastruktur mereka sendiri.



Bagi syarikat yang ingin memanfaatkan AI dalam operasi harian, DSM kini menyokong GPU NAS dan perkakasan AI khusus. Ini membolehkan tugas berkaitan AI diproses secara dalaman tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan awan pihak ketiga, sekali gus memberikan kawalan yang lebih baik terhadap data sensitif organisasi.

Selain itu, DSM turut memperkenalkan ciri tatakelola AI (AI governance). Ciri ini merangkumi sistem kawalan keselamatan terbina, peluasan hak akses berasaskan peranan (Role-Based Access Control), dan ketelusan yang lebih jelas untuk memantau bagaimana data organisasi diakses atau digunakan.

Untuk syarikat berskala besar yang mempunyai banyak cawangan, DSM kini dilengkapi dengan sistem pemantauan yang lebih mantap, pengurusan log berpusat, Cluster Manager, serta keupayaan untuk meluncurkan sistem secara besar-besaran dengan lebih efisien

ActiveProtect Manager 2.0 tambah perlindungan siber berasaskan AI

Dalam aspek perlindungan data pula, Synology memperkenalkan ActiveProtect Manager 2.0. Platform perlindungan data perusahaan ini dipertingkatkan untuk memastikan kelangsungan perniagaan tidak terjejas sekiranya berlaku serangan siber. Menariknya, liputan perlindungan ActiveProtect kini diperluas untuk menyokong pelbagai platform awan dan sistem virtualisasi utama termasuk:

  • Microsoft Azure Virtual Machines
  • Amazon EC2
  • Nutanix AHV
  • Proxmox VE
  • Google Workspace

Sistem ini turut memanfaatkan teknologi AI untuk mengesan anomali dan malware. AI akan memantau sekiranya terdapat kelakuan sandaran (backup) yang mencurigakan, contohnya seperti kadar perubahan data yang luar biasa atau aktiviti pemadaman fail secara besar-besaran. Jika ancaman dikesan, ciri Auto Fallback akan membantu organisasi memulihkan sistem secara automatik menggunakan versi sandaran terakhir yang dikesan selamat.

Bukan itu sahaja, portfolio ini diperkukuhkan lagi dengan pengenalan perkakas baharu DP5200 yang memberikan fleksibiliti kepada syarikat untuk menguruskan perlindungan data mengikut kesesuaian persekitaran IT mereka.

Synology Office Suite kini ada ChatPlus dan Meet

Bagi ruang kerja digital pula, Synology Office Suite kini berkembang dengan penambahan dua fungsi penting iaitu ChatPlus dan Meet. Ciri ini sangat sesuai untuk organisasi yang mahu mengekalkan data komunikasi dan kolaborasi pekerja mereka di dalam pelayan (server) tempatan sendiri tanpa perlu dihantar ke awan luar.

Sistem kolaborasi ini turut menyertakan fungsi pintar dipacu AI, seperti keupayaan untuk menukar audio kepada teks (transkripsi) serta fungsi terjemahan automatik, di samping kawalan pengurusan bertaraf perusahaan.

Untuk keselamatan premis fizikal, Synology memperluaskan ekosistem pengawasan video mereka melalui solusi kawalan akses baharu, kamera dome dan perkakas Deep Video Analytics. Menerusi platform Surveillance365, organisasi kini boleh menguruskan operasi keselamatan dengan lebih efisien. Ia menyokong fungsi carian insiden yang lebih pintar, pemantauan jarak jauh untuk pelbagai lokasi serentak, dan pengawasan berasaskan awan hibrid.

Akhir sekali, Synology tidak melupakan pengguna individu dan peranti di rumah. Ekosistem awan peribadi menerusi Siri Bee terus diperluas dengan pengenalan produk seperti BeeStation, BeeStation Plus, BeeCamera, dan fungsi Synology Deep Search.

Siri ini menawarkan cara yang jauh lebih mudah dan mesra pengguna untuk mengurus, memantau, serta mencari data atau gambar peribadi di rumah, sambil memastikan aspek privasi dan kawalan data kekal sepenuhnya di tangan pengguna.

Tags: synology
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Synology perkenal DSM baharu dengan sokongan AI dan perluas ekosistem siri Bee di Computex 2026

Synology perkenal DSM baharu dengan sokongan AI dan perluas ekosistem siri Bee di Computex 2026

9 June 2026
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN