• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi caj RM1 untuk pengeluaran ATM antara bank mulai Julai 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:42 pm
  • 16/06/2026
  • Komen
Tiada lagi caj RM1 untuk pengeluaran ATM antara bank mulai Julai 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia kini sudah mula beralih ke arah pembayaran tanpa tunai, ini ada berita baik buat korang yang masih kerap melakukan pengeluaran wang fizikal di mesin ATM.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) telah mengumumkan bahawa caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Smart Recycler Machines (SRM) akan dimansuhkan sepenuhnya bermula 1 Julai 2026.



Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), dan membolehkan semua pemegang kad debit membuat pengeluaran wang tunai tanpa had secara percuma di lebih 14,000 mesin ATM di seluruh Malaysia

Sebelum ini, pemegang kad debit akan dikenakan caj RM1 sekiranya mereka mengeluarkan wang tunai daripada ATM milik bank yang berbeza daripada bank pengeluar kad mereka.



Menurut persatuan yang terlibat, langkah ini mencerminkan komitmen industri perbankan dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik kepada rakyat Malaysia. Mereka turut mengakui bahawa walaupun penggunaan pembayaran digital semakin meluas, wang tunai masih memainkan peranan penting sebagai kaedah pembayaran bagi sebahagian pengguna.

Dalam masa yang sama, industri perbankan akan terus menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih selamat dan mudah selaras dengan usaha Malaysia menuju ekonomi digital. Namun, mereka menegaskan bahawa pengguna harus mempunyai kebebasan untuk memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

Tags: ABIMABMATMbankmeps
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tiada lagi caj RM1 untuk pengeluaran ATM antara bank mulai Julai 2026

Tiada lagi caj RM1 untuk pengeluaran ATM antara bank mulai Julai 2026

16 June 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN