• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:39 pm
  • 24/06/2026
  • Komen
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda mencari tablet untuk kegunaan multimedia dan hiburan, Lenovo Malaysia telah mengumumkan tablet terbaharu Tab Plus Gen 2. Tablet ini memfokuskan kepada pengalaman multimedia dan hiburan, dengan membawakan skrin besar, sistem audio yang dipertingkatkan serta rekaan kickstand terbina yang lebih versatil.

Apa yang paling menarik, Lenovo Tab Plus Gen 2 dilengkapi sistem audio dengan 9 pembesar suara talaan JBL, menjadikannya antara tablet dengan sistem audio paling lengkap dalam pasaran ketika ini.



Harga dan ketersediaan Lenovo Tab Plus Gen 2 di Malaysia

Tab Plus Gen 2 akan mula dijual di Malaysia bermula September 2026 menerusi Lenovo Exclusive Stores.

Untuk pasaran global, tablet ini ditawarkan dalam beberapa pilihan konfigurasi memori bermula daripada model 6GB RAM + 128GB storan sehinggalah ke model 12GB RAM + 256GB storan.



Bagaimanapun, pihak Lenovo masih belum memperincikan varian RAM dan storan spesifik yang akan dibawa masuk ke Malaysia buat masa ini. Namun, jenama itu mengesahkan bahawa ia akan ditawarkan pada harga bermula RM2,099.

Spesifikasi Lenovo Tab Plus Gen 2

Walaupun memfokuskan kepada fungsi audio, spesifikasi lain pada Lenovo Tab Plus Gen 2 ini juga tidak kurang hebatnya. Ia dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 12.1″ dengan resolusi tinggi 2.5K (2560×1600 piksel). Paparan ini turut menyokong kadar segar semula 120Hz untuk tontonan yang lancar, sokongan Dolby Vision, HDR10, serta kecerahan puncak sehingga 800 nits.

Prestasi tablet ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7400 yang dipadankan bersama RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Jika storan tidak mencukupi, ia boleh dibesarkan lagi menggunakan kad mikroSD sehingga 2TB.

Bagi fotografi, Lenovo melengkapkan tablet ini dengan kamera hadapan 8MP, manakala di bahagian belakang terdapat kamera 13MP yang menyokong autofokus.

Ciri paling menonjol pada Lenovo Tab Plus Gen 2 semestinya sistem audionya. Lenovo melengkapkan tablet ini dengan 9 pembesar suara Pro talaan JBL bersama sokongan Dolby Atmos.

Selain itu, sistem audio ini turut dilengkapi unit bass khas di belakang tablet bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih imersif. Menariknya lagi, tablet ini turut menyokong Bluetooth Speaker Mode, membolehkan tablet digunakan sebagai pembesar suara Bluetooth untuk memainkan muzik terus daripada telefon pintar.

Satu lagi ciri menarik yang dibawakan ialah kickstand terbina yang boleh diputar 360 darjah. Ini membolehkan tablet diletakkan dalam pelbagai posisi sama ada secara potret atau landskap, selain mod tontonan seperti mod sandar, mod teater, mahupun digantung.

Dari segi bateri, Lenovo Tab Plus Gen 2 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 10,200mAh. Lenovo mendakwa ia mampu menawarkan sehingga 15 jam penstriman video YouTube dengan sekali cas penuh. Tablet ini turut menyokong pengecasan pantas 45W menerusi port USB-C.

Lenovo juga menyertakan beberapa ciri berasaskan AI seperti:

  • Lenovo AI Live Transcript dengan transkripsi dan terjemahan masa nyata
  • Lenovo Smarter Reader
  • AI Notes dalam aplikasi Lenovo Notepad

Menurut Lenovo, fungsi AI Live Transcript menyokong lebih daripada 40 bahasa, namun penggunaan percuma dihadkan kepada dua jam sehari.

Dari segi sambungan, Lenovo Tab Plus Gen 2 menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.4. Tablet ini mempunyai berat sekitar 775 gram dan hanya ditawarkan dalam pilihan warna Celestial White.

Untuk perisian, Lenovo menghantar tablet ini dengan Android 16 terus dari kotak. Lenovo turut menjanjikan dua kemas kini Android sehingga Android 18, bersama empat tahun kemas kini keselamatan sehingga tahun 2030.

Tags: lenovolenovo malaysiaLenovo tab plusLenovo Tab Plus Gen 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
KTM Komuter akan terima bayaran kad kredit, Apple Pay dan Samsung Pay tidak lama lagi

Bajet 2027: Pas My50 diteruskan, MyKomuter50 bakal diperkenalkan untuk KTM Komuter

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN