• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tune Talk Epik+ Family Safe: Pelan keluarga dengan 700GB data bersama kawalan internet anak tahap rangkaian

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:39 pm
  • 29/06/2026
  • Komen
Tune Talk Epik+ Family Safe: Pelan keluarga dengan 700GB data bersama kawalan internet anak tahap rangkaian
Share on FacebookShare on Twitter

Tune Talk telah memperkenalkan Epik+ Family Safe, pelan keluarga prabayar baharu yang menggabungkan kuota data besar, panggilan tanpa had, serta sistem kawalan ibu bapa terbina terus pada lapisan rangkaian mudah alih.

Menurut Tune Talk, mereka merupakan syarikat telekomunikasi pertama dan satu-satunya di dunia yang menawarkan perlindungan keselamatan dalam talian kepada pengguna menggunakan perkhidmatan penapisan kandungan dipatenkan pada peringkat rangkaian. Ini bermakna, ibu bapa tidak perlu memasang aplikasi tambahan atau melakukan tetapan tertentu pada telefon anak mereka.



Melalui satu sentuhan, ibu bapa boleh menyekat kandungan bagi talian prabayar anak mereka merentasi sehingga 56 kategori kandungan, sambil menyesuaikan tahap akses mengikut usia dan keperluan anak yang semakin meningkat. Pengenalan ciri keselamatan dalam talian ini hadir ketika Malaysia sedang mempertimbangkan langkah untuk mengehadkan akses media sosial kepada kanak-kanak berusia bawah 16 tahun.

Tune Talk Epik+ Family Safe bermula RM80/bulan untuk 2 talian

Pelan prabayar Epik+ Family Safe ini ditawarkan pada harga RM80/bulan yang merangkumi akses untuk 1 talian ibu bapa dan 1 talian anak (keseluruhan 2 talian). Pelan ini didatangkan dengan data internet 700GB yang boleh dikongsi pada kelajuan 5G tanpa sekatan (uncapped speeds) serta tanpa had FUP. Ia juga hadir dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.



Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, anda boleh menambah talian tambahan pada harga RM20/bulan untuk setiap talian. Sebagai contoh, untuk kombinasi 1 talian ibu bapa dan 4 talian anak (keseluruhan 5 talian), jumlah langganan adalah RM140 sebulan, dengan kesemua talian berkongsi kuota data 700GB yang sama.

Tiga tahap perlindungan internet

Ciri utama Epik+ Family Safe ialah sistem kawalan ibu bapa yang terbina pada peringkat rangkaian. Fungsi ini dilaksanakan melalui rangkaian teras berasaskan awan (cloud-native core network) Tune Talk dengan kerjasama Nokia.

Berbeza dengan aplikasi kawalan ibu bapa biasa atau tetapan pada peranti, sekatan internet ini tidak boleh dipintas oleh anak dengan menukar tetapan telefon, memadam aplikasi kawalan ibu bapa ataupun memadam aplikasi Tune Talk. Malah, penggunaan VPN juga disekat bagi mengelakkan pengguna memintas penapisan internet.

Ibu bapa boleh memilih antara tiga tahap perlindungan:

  • Tahap Tertinggi (High): Menyekat kandungan dewasa, laman web tidak selamat (keganasan, senjata, dadah, alkohol, perjudian, temu janji), media sosial, aplikasi sembang, forum, game, platform beli-belah, iklan hiburan, muat turun, dan laman web tidak dikategorikan. Hanya laman web pendidikan, kerajaan, kesihatan, enjin carian, e-mel, berita, kewangan, muzik, pelancongan, dan laman web selamat untuk kanak-kanak sahaja yang dibenarkan.
  • Tahap Sederhana (Medium): Memberikan lebih kelonggaran untuk mengakses laman web luar, tetapi kekal menyekat laman web berbahaya/tidak selamat serta media sosial, aplikasi sembang, forum, hiburan, dan iklan.
  • Tahap Rendah (Low): Memberikan akses yang lebih luas termasuk ke media sosial, aplikasi sembang, forum, game, beli-belah, hiburan dan banyak lagi, tetapi tetap menyekat kandungan dewasa dan laman web berbahaya.

Jika ibu bapa perlu menghentikan akses internet anak secara serta-merta, anda mempunyai keupayaan untuk “menjedakan” (pause) akses tersebut pada bila-bila masa. Apabila anak-anak semakin dewasa, ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk memisahkan talian anak daripada akaun Family Safe untuk ditukarkan menjadi talian prabayar Tune Talk biasa tanpa hilang nombor telefon asal.

Fitur tambahan, termasuk perayauan percuma di 13 negara

Seperti biasa bagi pelan Tune Talk, mereka turut menyertakan pelbagai nilai tambahan. Antaranya ialah ciri perayauan atau e-Roaming percuma yang membolehkan pelanggan menggunakan kuota data sedia ada mereka di luar negara tanpa bayaran tambahan.

Kini ditawarkan sebagai versi beta, pengguna Tune Talk Epik+ Family Safe boleh menikmati data perayauan percuma ini di 13 buah negara termasuk Korea, Jepun, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Vietnam, Filipina, Arab Saudi, Kemboja, Brunei, Australia, dan New Zealand. Berbeza dengan pelan perayauan biasa, Tune Talk mengesahkan tiada had FUP harian dikenakan untuk fungsi eRoaming ini.

Selain itu, pelan ini turut dilengkapi dengan insurans kemalangan peribadi (PA) percuma dengan perlindungan sehingga RM100,000 bagi setiap individu, langganan foodpanda, serta akses kepada Nova Astrology.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Tune Talk Epik+ Family Safe.

Tags: prabayartune talkTune Talk Epik+Tune Talk Epik+ Family Safe
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Epik+ Family Safe: Pelan keluarga dengan 700GB data bersama kawalan internet anak tahap rangkaian

Tune Talk Epik+ Family Safe: Pelan keluarga dengan 700GB data bersama kawalan internet anak tahap rangkaian

29 June 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN