• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Pro Max: Tablet nipis 4.7mm dengan skrin OLED 13.2″, harga RM5,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:51 pm
  • 07/07/2026
  • Komen
Huawei MatePad Pro Max: Tablet nipis 4.7mm dengan skrin OLED 13.2″, harga RM5,999
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia secara rasmi telah melancarkan tablet flagship terbaharu, Huawei MatePad Pro Max untuk pasaran Malaysia. Menariknya, tablet ini memiliki ketebalan hanya 4.7mm, menjadikannya tablet bersaiz 13″ paling nipis di dunia dengan spesifikasi bertaraf flagship.

Bukan sahaja ia hadir dengan skrin besar 13.2″ jenis Flexible OLED PaperMatte, tablet ini turut dilengkapi dengan aplikasi produktiviti dikuasakan AI seperti WPS Office bertaraf PC, Huawei Notes, dan GoPaint, selain turut menyokong aksesori papan kekunci Huawei Glide Keyboard dan stailus Huawei M-Pencil Pro.



Harga dan ketersediaan Huawei MatePad Pro Max di Malaysia

Untuk pasaran tempatan, Huawei MatePad Pro Max dijual pada harga rasmi RM5,999 untuk varian tunggal RAM 12GB dan storan 512GB.

Tablet ini kini boleh didapati di seluruh negara melalui Huawei Experience Store, laman web rasmi Huawei, serta kedai rasmi mereka di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.



Bagi masa terhad, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154. Antara ganjaran yang disertakan ialah:

  • Huawei M-Pencil Pro dan Huawei Wireless Mouse
  • Aplikasi PC-level WPS Office & Huawei Notes dengan fungsi AI
  • Jaminan 1 tahun rantau APAC
  • Perlindungan skrin PaperMatte Display Care (2 kali dalam tempoh setahun)

Huawei Glide Keyboard turut disertakan bersama tablet di dalam kotak. Tablet ini ditawarkan dalam satu warna, iaitu biru.

Untuk makluman, tablet ini adalah varian WiFi sahaja (tiada sokongan kad SIM/selular). Pembeli juga boleh menambah jaminan lanjutan Huawei Care selama 1 tahun pada harga promosi RM54 (harga asal RM179) untuk perlilndungan lebih panjang.

Spesifikasi Huawei MatePad Pro Max

Huawei MatePad Pro Max dilengkapi dengan skrin 13.2″ Flexible OLED PaperMatte beresolusi 3000 × 2000 piksel dengan kadar segar semula 144Hz. Skrin ini mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 1,600 nits dan nisbah kontras 2,000,000:1. Skrin PaperMatte ini menggunakan teknologi nano-etched yang dikatakan membantu mengurangkan silau cahaya, di samping memberikan pengalaman menulis yang sangat asli seperti di atas kertas.

Walaupun saiz skrinnya besar, fizikal tablet ini sangat kompak dengan ketebalan hanya 4.7mm dan berat sekitar 509g sahaja, menjadikannya tablet flagship paling nipis Huawei setakat ini.

Tablet MatePad Pro Max ini dikuasakan oleh cip Kirin T93 dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 512GB. Sistem operasinya pula menggunakan HarmonyOS 4.3 sejurus keluar dari kotak.

Untuk produktiviti, sistem operasi ini turut disertakan dengan aplikasi WPS Office bertaraf PC yang menyokong fungsi bantuan AI untuk penulisan dokumen, analisis helaian kerja (spreadsheet), penghasilan slaid pembentangan, dan suntingan PDF. Tablet ini juga menyokong fungsi Live-Multitask yang membolehkan pengguna membuka sehingga tiga tetingkap aplikasi secara serentak.

Papan kekunci Huawei Glide Keyboard yang diberikan turut mempunyai slot khas untuk menyimpan dan mengecas Huawei M-Pencil Pro. Selain itu, aplikasi Huawei Notes dipertingkatkan lagi dengan ciri AI seperti AI Handwriting Enhancement untuk memperkemas tulisan tangan, AI Equation Recognition untuk mengecam formula matematik, Note Replay, dan fungsi suntingan nota secara kolaboratif.

Untuk aspek fotografi, tugasan kamera belakang digalas oleh lensa utama 50MP f/1.8 “True-to-Colour”, manakala di hadapan pula dilengkapi kamera 12MP untuk urusan panggilan video dan swafoto.

Bagi memastikan peranti mampu bertahan lama, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 10,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W Huawei SuperCharge. Huawei mendakwa bateri ini mampu menawarkan masa tontonan video sehingga 14.5 jam. Menariknya lagi, tablet ini juga boleh bertindak sebagai powerbank dengan sokongan pengecasan berbalik secara berwayar sehingga 40W.

Sistem audio tablet ini juga tidak mengecewakan dengan sistem 6-pembesar suara Huawei Sound bersama 4 mikrofon bersepadu. Antara spesifikasi lain yang turut dimuatkan termasuklah sokongan WiFi 7 (802.11be), Bluetooth 6.0, teknologi NearLink, port USB-C (USB 3.1), serta pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang kuasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad Pro Max.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad Pro Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Huawei MatePad Pro Max: Tablet nipis 4.7mm dengan skrin OLED 13.2″, harga RM5,999

Huawei MatePad Pro Max: Tablet nipis 4.7mm dengan skrin OLED 13.2″, harga RM5,999

7 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN