• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Music naik harga di Malaysia, kini harga setara Spotify Premium

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:41 pm
  • 20/07/2026
  • Komen
Apple Music naik harga di Malaysia, kini harga setara Spotify Premium
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda pengguna Apple Music, Apple telah mengemas kini harga langganan perkhidmatan tersebut di Malaysia. Kenaikan ini melibatkan semua pelan langganan, dengan peningkatan antara RM0.60 hingga RM2 sebulan, bergantung pada pelan.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kenaikan harga pertama untuk Apple Music di Malaysia sejak kali terakhir kenaikan pada tahun 2022.



Harga baharu Apple Music di Malaysia

Harga langganan Apple Music

Berdasarkan semakan di laman rasmi Apple, berikut ialah harga langganan baharu Apple Music:

  • Apple Music Student – RM9.50/bulan( naik RM0.60 daripada RM8.90)
  • Apple Music Individual – RM17.90/bulan (naik RM1 daripada RM16.90)
  • Apple Music Family – RM27.90/bulan(naik RM2 daripada RM25.90)

Pelan Family mengalami kenaikan paling tinggi iaitu RM2. Jika sebelum ini Apple Music lebih murah berbanding Spotify Premium, kini dengan pelarasan harga ini, langganan Apple Music dilihat setara dengan Spotify, terutamanya untuk pelan Student dan Family.



Harga langganan Spotify Premium terkini

Cuma perbezaannya, pelan Family Apple Music menawarkan lebih banyak akses kongsi sehingga 6 orang (satu pemilik dan lima ahli lain) berbanding 4 orang pada Spotify Premium.

Menurut laporan Forbes, Apple berkata kenaikan harga ini dibuat berikutan peningkatan kos pelesenan muzik dan hak cipta. Apple bukan satu-satunya platform yang menyemak semula harga langganan, kerana Spotify turut beberapa kali menaikkan harga dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pelarasan terbaharu dibuat pada Ogos 2025.

Apple One masih kekal pada harga yang sama

Walaupun harga Apple Music telah meningkat, langganan Apple One masih kekal pada harga yang sama dan tidak terkesan dengan pelarasan ini. Oleh itu, jika anda sememangnya menggunakan beberapa perkhidmatan dalam ekosistem Apple, Apple One mungkin menjadi pilihan yang lebih berbaloi berbanding melanggan Apple Music secara berasingan.

Pelan Apple One Individual berharga RM34.90/bulan dan menggabungkan beberapa perkhidmatan Apple seperti Apple Music, iCloud+, Apple TV+, Apple Arcade dalam satu langganan.

Tags: appleapple musicApple One
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Apple Music naik harga di Malaysia, kini harga setara Spotify Premium

Apple Music naik harga di Malaysia, kini harga setara Spotify Premium

20 July 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN