• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:46 pm
  • 27/07/2026
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda jenis yang mudah terlupa PIN atau corak skrin kunci (lock screen), anda mungkin perlu lebih berhati-hati selepas ini. Samsung kini memperkenalkan dasar keselamatan skrin kunci yang jauh lebih ketat menerusi kemas kini One UI 9, yang turut dipasang secara default pada peranti terbaharu, Galaxy Z Fold 8, Z Fold 8 Ultra dan Z Flip 8.

Dasar baharu ini agak drastik. Sekiranya anda memasukkan PIN, kata laluan, atau corak yang salah sebanyak 13 kali, peranti anda akan dikunci secara kekal. Satu-satunya cara untuk menggunakannya semula ialah dengan melakukan tetapan semula kilang (factory reset), yang turut bermakna semua data dalam peranti tersebut akan turut terpadam.



Menurut Samsung, dasar ini terpakai untuk semua peranti Galaxy yang dilancarkan dengan One UI 9 secara default, dan bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap serangan brute-force, iaitu situasi di mana seseorang cuba meneka PIN atau kata laluan berulang kali untuk mengakses peranti yang hilang atau dicuri tanpa kebenaran.

Tempoh kunci bertambah selepas beberapa cubaan gagal

Berbeza daripada sebelum ini yang membenarkan percubaan tanpa had, One UI 9 kini memperkenalkan tempoh menunggu yang semakin lama setiap kali pengguna salah memasukkan PIN atau kata laluan.



Selepas lima cubaan gagal, telefon akan dikunci selama 1 minit. Bermula cubaan keenam, tempoh tersebut akan meningkat secara berperingkat kepada 5 minit, 15 minit, 30 minit dan 90 minit. Selepas cubaan kesembilan, tempoh menunggu akan meningkat kepada beberapa jam. Manakala pada cubaan ke-12, telefon akan dikunci selama 24 jam. Ini juga merupakan peluang terakhir untuk membuka semula telefon tanpa kehilangan data.

Jika pengguna masih gagal memasukkan PIN yang betul pada cubaan ke-13, telefon akan dikunci secara kekal dan hanya boleh dipulihkan melalui tetapan kilang. Skrin turut memaparkan jumlah cubaan yang masih berbaki sebelum telefon dikunci sepenuhnya.

Jangan lupa PIN walaupun guna cap jari atau Face Unlock

Ramai pengguna bergantung kepada cap jari atau pengecaman wajah untuk membuka telefon setiap hari. Namun begitu, Samsung mengingatkan pengguna supaya tidak melupakan PIN, kata laluan atau corak yang digunakan sebagai kaedah sandaran.

Ini kerana pengguna masih perlu mengesahkan identiti menggunakan PIN, kata laluan atau corak sekurang-kurangnya sekali setiap 72 jam, walaupun ciri biometrik telah diaktifkan pada peranti tersebut.

Samsung turut menjelaskan bahawa atas faktor keselamatan, syarikat itu tidak boleh melihat, mendapatkan semula atau menetapkan semula PIN, kata laluan atau corak skrin kunci pengguna dari jauh. Jadi sekiranya anda melebihi had percubaan gagal, atau benar-benar terlupa kata laluan skrin kunci, satu-satunya kaedah pemulihan yang tinggal ialah factory reset.

Selepas factory reset dilakukan pun, anda masih perlu mengesahkan Samsung Account dan Google Account yang pernah didaftarkan pada peranti tersebut. Langkah ini merupakan sebahagian daripada ciri Factory Reset Protection (FRP) yang direka untuk menghalang telefon yang hilang atau dicuri daripada digunakan oleh pihak lain selepas ia dipadamkan.

Buat sandaran data secara berkala

Dengan dasar baharu ini, peranti Galaxy kini jauh lebih sukar diakses menerusi percubaan meneka kata laluan secara berulang, sudah tentu satu penambahbaikan yang baik dari segi keselamatan sekiranya telefon anda hilang atau dicuri.

Namun, ini turut bermakna pengguna perlu lebih berhati-hati agar tidak sampai terlupa kata laluan skrin kunci mereka sendiri. Untuk mengelakkan risiko kehilangan data penting seperti mesej, foto dan video, adalah lebih baik untuk membuat sandaran data secara berkala menggunakan Samsung Cloud, Google Photos, atau mana-mana penyelesaian berasaskan cloud yang lain. Dengan cara ini, data tersebut masih boleh dipulihkan sekiranya telefon hilang, dicuri atau terpaksa dipadamkan.

Sebenarnya, dasar keselamatan ketat yang diperkenalkan Samsung menerusi One UI 9 ini agak seakan dengan pelaksanaan sedia ada pada iOS untuk iPhone.

iOS turut mengenakan tempoh tunggu yang semakin panjang selepas beberapa kali kemasukan passcode yang salah. Selepas 10 kali percubaan gagal, iPhone akan memasuki status lockout keselamatan secara kekal, di mana satu-satunya cara untuk memulihkan peranti tersebut ialah dengan memadam kesemua data di dalamnya.

Malah, bagi pengguna yang mahukan tahap keselamatan yang lebih tinggi lagi, iPhone turut menyediakan pilihan dalam tetapan Face ID & Passcode untuk menetapkan peranti secara automatik memadam semua data selepas 10 kali percubaan yang gagal.

Sumber: Samsung

Tags: One UI 9samsungsamsung galaxysamsung one ui
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026
Touch ‘n Go perkenal lorong Enhanced RFID di AKLEH, sasar 10 lorong sebelum hujung tahun

Touch ‘n Go perkenal lorong Enhanced RFID di AKLEH, sasar 10 lorong sebelum hujung tahun

21 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN