• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Kedai online rasmi SoyaCincau kini dah ada: Ini barisan ‘Merch’ yang boleh anda miliki!

  • OLEH SoyaCincau BM
  • 12:45 pm
  • 04/08/2026
  • Komen
Kedai online rasmi SoyaCincau kini dah ada: Ini barisan ‘Merch’ yang boleh anda miliki!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda dah lama mengikuti SoyaCincau, mungkin anda pernah nampak atau memiliki barangan rasmi kami sebelum ini. Daripada jualan ketika acara sehinggalah pautan tempahan yang dikongsikan dari semasa ke semasa, barangan SoyaCincau memang dah lama ada, cuma semuanya belum mempunyai satu tempat khusus yang mudah untuk diakses.

Kini, semua itu dah berubah.



Kami dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kedai dalam talian rasmi SoyaCincau di rkmd.soyacincau.com. Kini, semua barangan rasmi SoyaCincau bersama produk daripada rakan kerjasama kami akhirnya boleh didapati di satu tempat.

Jadi, apa yang boleh anda dapatkan? Ini senarai penuh barangan yang tersedia.



1. Koleksi #NoQueue dan barangan etika pengecasan EV

Kalau anda memang mengikuti kandungan EV SoyaCincau sejak awal, anda mungkin dah biasa dengan perkataan #NoQueue. Apa yang bermula sebagai usaha kami menjelaskan salah faham mengenai barisan di pengecas EV, akhirnya menjadi antara jenaka berulang yang paling banyak diperkatakan dalam video kami.

Kini, #NoQueue bukan lagi sekadar disebut dalam video atau ruangan komen kerana ia sudah mempunyai koleksi barangan rasminya sendiri.

SoyaCincau Official #NoQueue T-shirt

Rekaan retro digabungkan dengan budaya EV moden menerusi T-shirt rasmi #NoQueue. Ia diperbuat daripada 100% kapas tulen dengan ketebalan 280gsm, serta menggunakan potongan oversized dan drop-shoulder untuk rupa yang lebih berstruktur.

  • Bahagian hadapan: Logo kecil maskot pengecasan retro SoyaCincau pada bahagian dada kiri.
  • Bahagian belakang: Ilustrasi skematik automotif kereta konsep widebody SC-PROTO01 dengan inspirasi rekaan era 1980-an.
  • Warna dan saiz: Deep Black atau Crisp White, tersedia dalam saiz XS hingga 4XL.

Pelekat #NoQueue

Kalau tak mahu pakai T-shirt tetapi masih mahu membawa semangat #NoQueue, terdapat beberapa pilihan pelekat untuk dipilih.

  • Pelekat Die-Cut Signature SoyaCincau #NoQueue: Rekaan hashtag dengan efek bayang 3D dalam warna kuning dan hitam. Diperbuat daripada vinil tahan lasak dan tahan calar, sesuai dilekatkan pada komputer riba, kotak peralatan atau cermin belakang kereta.

Pelekat Eksklusif SoyaCincau.com #NoQueue: Boleh didapati dalam bentuk Pelekat Vinil Kalis Air (sesuai untuk cermin pemutus/bamper dan powerbank), Pelekat Cermin Kereta (ditampal dari dalam cermin supaya tidak rosak terkena wiper), atau Pakej Kombo yang merangkumi kedua-duanya.

SoyaCincau Official #NoHogging EV Tear-Off Booklet

Kita semua mesti pernah alami situasi ini: sampai di pengecas EV dengan bateri rendah, tapi jumpa kereta yang dah penuh dicas masih diletak di situ, atau lebih teruk, kereta ICE yang parkir di situ. Untuk situasi sebegini, kami turut menghasilkan #NoHogging EV Tear-Off Booklet.

  • 50 helaian: Setiap buku mengandungi 50 notis berkualiti tinggi yang mudah dikoyakkan, lengkap dengan maskot retro SoyaCincau.
  • Mesej yang jelas: Mengingatkan pengguna bahawa ruang pengecasan EV adalah untuk mengecas, bukannya tempat meletak kereta.
  • Mudah disimpan: Saiznya cukup kompak untuk dimasukkan ke dalam poket pintu, konsol tengah atau glovebox kereta.

2. T-shirt rasmi SoyaCincau x Dongfeng Pop-Up EV Clinic

Selain koleksi #NoQueue, kedai rasmi kami turut menawarkan empat T-shirt grafik untuk kegunaan harian. Kesemuanya menggunakan fabrik kapas premium yang selesa dan sesuai dipakai dalam cuaca Malaysia.

  • SoyaCincau Neon T-shirt (Black): Menampilkan interpretasi futuristik logo SoyaCincau dengan grafik garisan isometrik berlapis serta aksen neon merah jambu dan kuning pada latar hitam.
  • SoyaCincau Basic T-shirt (Charcoal Grey): Rekaan lebih ringkas dan minimalis dengan ikon logo SoyaCincau pada bahagian dada kiri.
  • SoyaCincau Mug T-shirt (Charcoal Grey): Menampilkan ilustrasi kuning cawan Soya Cincau yang melimpah di bahagian tengah, menggabungkan elemen teknologi dan budaya minum kopi.
  • RKMD T-shirt (Black): Rekaan hitam dengan tipografi keemasan yang menyerlah bersama slogan “only the good stuff”.

3. Barangan rasmi acara yang pernah kami anjurkan

SoyaCincau x Dongfeng Pop-Up EV Clinic T-Shirt (Track Edition 2026)

T-shirt rasmi daripada acara SoyaCincau x Dongfeng Pop-Up EV Clinic: Track Edition 2026 turut boleh didapati menerusi kedai dalam talian kami. T-shirt edisi terhad ini dihasilkan bagi memperingati antara acara track day terbesar kami bersama Dongfeng.

  • Kapas tebal 240gsm: Tahan lasak, kemas, dan sangat selesa untuk aktiviti luar.
  • Rekaan bertemakan litar: Penjenamaan eksklusif acara pada bahagian hadapan dengan grafik terperinci litar perlumbaan di belakang.
  • Stok terhad: Ditawarkan dalam saiz XS hingga 4XL dengan kuantiti terhad bagi setiap saiz.

4. Touch ‘n Go x Home Too Much Buku 555 Series

Ingat lagi buku poket klasik yang biasa digunakan semasa sekolah rendah, atau untuk catat hutang di kedai runcit? Touch ‘n Go bekerjasama dengan jenama tempatan Home Too Much untuk menghidupkan kembali nostalgia Buku 555 dalam bentuk yang lebih moden dan praktikal.

  • Touch ‘n Go x Home Too Much Buku 555 Series Card: Direka menyerupai kulit buku biru yang tak lapuk dek zaman, muat kemas dalam dompet atau klip pelindung matahari kereta.
  • Touch ‘n Go x Home Too Much Buku 555 Series Charm: Versi mini Buku 555 yang tahan lasak dan dilengkapi gegelang logam untuk dipasang pada kunci atau zip beg.

Promo Bundle: Dapatkan kad dan charm dalam satu pakej dengan harga lebih menjimatkan.

Bahagian paling menarik? Sama macam Buku Tiga Lima yang asal, anda sebenarnya boleh conteng bahagian belakang card ini dengan pensel, dan padam semula bila-bila masa.

Kedua-dua item ini turut dilengkapi fungsi Enhanced NFC Touch ‘n Go, membolehkan anda semak baki, tambah nilai kredit segera terus dari telefon pintar, serta menggunakannya untuk pembelian tiket perjalanan (seperti My50) menerusi TNG eWallet anda.

Dapatkan Sekarang!

Kecuali produk Touch ‘n Go, setiap satu pakaian, aksesori, dan koleksi di rkmd.soyacincau.com direka sepenuhnya secara dalaman (in-house) oleh pasukan kami sendiri. Kami letakkan tahap perincian yang sama untuk barangan ini, sama seperti yang kami berikan dalam ulasan teknologi, ujian EV, dan artikel mendalam kami yang lain.

Pilihan anda untuk menyokong merch kami atau memakai koleksi #NoQueue adalah lebih daripada sekadar membeli barangan biasa; anda secara langsung menyokong kewartawanan teknologi bebas dan membantu kami terus terus membina komuniti yang berkembang maju di kalangan peminat teknologi dan EV.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Layari rkmd.soyacincau.com sekarang untuk dapatkan merch anda sebelum stok habis! Dan nantikan pelbagai lagi barangan menarik yang bakal tiba!

Tags: #NoQueueSoyaCincauSoyaCincau X RKMD Store
SoyaCincau BM

SoyaCincau BM

POPULAR

Kedai online rasmi SoyaCincau kini dah ada: Ini barisan ‘Merch’ yang boleh anda miliki!

Kedai online rasmi SoyaCincau kini dah ada: Ini barisan ‘Merch’ yang boleh anda miliki!

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN