• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:02 pm
  • 07/08/2026
  • Komen
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan siri Redmi 17, Xiaomi Malaysia turut melancarkan Redmi A7, telefon pintar kelas permulaan yang menyasarkan pengguna yang mahukan peranti asas pada harga mampu milik bawah RM500.

Walaupun merupakan model paling asas dalam barisan Redmi, Redmi A7 masih menawarkan beberapa ciri yang kebiasaannya ditemui pada telefon lebih mahal, termasuk paparan 120Hz, bateri berkapasiti besar serta rekaan yang lebih moden.



Jika anda masih ingat, Xiaomi sebelum ini pernah melancarkan Redmi A7 Pro beberapa bulan lalu, dan Redmi A7 baharu ini berkongsi sebahagian besar spesifikasi dengan model tersebut, namun hadir dengan bateri yang lebih kecil dan menggunakan sistem operasi Android Go Edition.

Harga dan ketersediaan Redmi A7 di Malaysia

Tidak seperti Redmi 17 Series yang sudah mula dijual, Redmi A7 hanya akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 15 September 2026. Ia ditawarkan dalam satu konfigurasi pada harga seperti berikut:



  • Rednmi A7 (3GB + 64GB) – RM469

Telefon ini boleh didapati menerusi Xiaomi Store seluruh negara, laman web rasmi Xiaomi Malaysia, serta Xiaomi Official Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Sebagai perbandingan, harga Redmi A7 ini sebenarnya lebih mahal berbanding Redmi A7 Pro, yang ketika itu dilancar pada harga RM399 untuk varian 4GB + 64GB dan 4GB + 128GB, walaupun model baru ini hadir dengan spesifikasi sedikit diturun taraf.

Spesifikasi Redmi A7

Redmi A7 dilengkapi skrin LCD berukuran 6.88″ yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan resolusi HD+ (720 x 1640). Skrin ini turut menyokong kecerahan puncak 600 nits, elain menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly untuk pengalaman penggunaan yang lebih selesa.

Dari segi warna, Redmi A7 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan ungu.

Telefon ini dikuasakan cip Unisoc T7250 12nm, dipadankan dengan RAM 3GB dan storan 64GB. Xiaomi turut menyertakan ciri Memory Extension, yang membolehkan RAM ditambah secara maya sehingga 6GB menggunakan sebahagian ruang storan.

Di bahagian kamera, Redmi A7 menggunakan kamera utama 13MP bersama kamera swafoto 8MP, dengan sokongan mod seperti Night, Portrait dan HDR. Telefon ini dibekalkan bateri berkapasiti 5,200mAh, sedikit lebih kecil dari model A7 Pro pada 6,000mAh. Pengecasan kekal sama pada 15W, dan Xiaomi turut menyertakan pengecas 15W di dalam kotak.

Melengkapkan spesifikasi ialah pengimbas cap jari sisi, AI Face Unlock, sokongan Wi-Fi 5, Bluetooth 5.2 dan bicu audio 3.5mm. Namun, dari segi perisian, ia hanya menjalankan sistem operasi Android 15 (Go Edition) dan bukannya HyperOS 3 seperti model Redmi A7 Pro.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi A7.

Tags: RedmiRedmi A7xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN