• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:49 pm
  • 10/08/2026
  • Komen
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000
Share on FacebookShare on Twitter

Omoda Jaecoo Malaysia (OJMY) kini membuka tempahan untuk model hibrid plug-in (PHEV) baharu mereka, iaitu Omoda C7 PHEV. SUV ini dijangka dilancarkan di Malaysia pada suku keempat (Q4) 2026, sekali gus menjadi model PHEV ketiga dalam barisan Omoda Jaecoo di pasaran tempatan selepas J7 PHEV and C9 PHEV.

Walaupun pelancaran rasminya masih belum berlangsung, OJMY telah mengumumkan harga anggaran RM180,000 untuk Omoda C7 PHEV. Dengan tanda harga tersebut, ia diletakkan di antara Jaecoo J7 PHEV dan Omoda C9 PHEV dalam barisan model hibrid plug-in syarikat itu.



Seperti dua model PHEV lain, Omoda C7 PHEV juga akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia di Seksyen 22, Shah Alam.

Spesifikasi Omoda C7 PHEV

Seperti model PHEV lain di bawah OMJY, Omoda C7 PHEV turut menggunakan sistem Super Hybrid System (SHS) yang menggabungkan enjin petrol turbo 1.5L empat silinder bersama dengan motor elektrik. Enjin tersebut menghasilkan kuasa 115kW (154hp) dan 220Nm tork, manakala motor elektrik pula menjana 150kW (201hp) dan 310Nm tork.



Gabungan kedua-duanya menghasilkan kuasa keseluruhan 265kW (355hp) serta 530Nm tork. Dengan trenkuasa ini, Omoda C7 PHEV mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.5 saat, namun kelajuan maksimum masih belum didedahkan.

Membekalkan tenaga kepada sistem hibrid ini ialah bateri LFP 18.3kWh, yang membolehkan SUV ini dipandu sejauh 95km menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Walaupun kapasiti tangki bahan api dan kelajuan pengecasan bagi model spesifikasi Malaysia masih belum diumumkan, Omoda Jaecoo mendakwa ia mampu mencapai jarak pemanduan gabungan sehingga 1,250km.

Dari sudut luaran, Omoda C7 PHEV mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti versi petrolnya. Antaranya termasuk bahagian hadapan Sharknose, gril bercorak heksagon, angkup brek merah serta lampu belakang dengan grafik berbentuk kilat. Bagaimanapun, model PHEV untuk pasaran Malaysia hadir dengan rim 20 inci, lebih besar berbanding rim 19 inci yang digunakan pada Omoda C7 versi petrol.

Di bahagian dalam, Omoda C7 PHEV dilengkapi kemasan kulit Nubuck, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, pengecas tanpa wayar 50W bersama sistem penyejukan serta kluster instrumen digital bersaiz 8.8 inci. Turut disediakan ialah skrin infotainmen 15.6 inci yang boleh dialihkan ke arah penumpang hadapan, satu ciri yang agak unik. Namun, disebabkan mekanisme tersebut, ruang untuk kotak sarung tangan (glove box) dilihat tidak lagi disediakan.

Sistem audio juga antara tarikan utama SUV ini. Ia menggunakan sistem bunyi Sony 12+2 pembesar suara, dengan dua pembesar suara tambahan diletakkan pada perehat kepala tempat duduk pemandu untuk memberikan pengalaman audio yang lebih imersif.

Tags: CheryChery Omoda C7 PHEVOmoda C7Omoda JaecooPHEV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN