• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:12 pm
  • 13/08/2026
  • Komen
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, harga jualan tiket bagi Grand Prix Formula 1 Gulf Air Bahrain telah pun bocor dalam talian, sekali gus mendedahkan harga jualan tiket serta harga istimewa buat rakyat Malaysia, dengan harga bermula serendah RM200.

Kini, pihak Bahrain GP telah pun membuka jualan tiket secara rasmi. Acara perlumbaan ini bakal berlangsung selama 3 hari pada 2 hingga 4 Oktober 2026, bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.



Menariknya, harga rasmi yang didedahkan hari ini mempunyai sedikit perbezaan berbanding harga yang bocor dalam talian tempoh hari.

Harga tiket F1 untuk rakyat Malaysia

Harga baru

Bagi pemegang MyKad, pas tiga hari ini ditawarkan dalam beberapa kategori pada harga antara RM200 hingga RM2,083.40, termasuk cukai:



  • Main Grandstand (MGS) Tempat duduk & Berbumbung – RM2,083.40
  • K1 Grandstand Tempat duduk & Berbumbung – RM1,386
  • F Grandstand Tempat duduk & Berbumbung – RM1,291.40
  • B Hillstand Kawasan rumput / Terbuka- RM809.60
  • C Hillstand Kawasan rumput / Terbuka- RM809.60
  • G Hillstand Kawasan rumput / Terbuka – RM200
Harga lama

Berbeza dengan harga yang bocor sebelum ini, kategori F Grandstand mengalami penurunan harga paling ketara sebanyak RM95.16, manakala Main Grandstand, B, C dan G Hillstand kini hanya sedikit lebih murah di antara RM0.94-RM4.63. Untuk KL Grandstand, harganya meningkat sebanyak RM94 berbanding sebelum ini.

Tetapi bagi yang datang bersama anak-anak, kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun boleh mendapatkan diskaun sebanyak 25% untuk kategori tiket yang layak. Bagaimanapun, diskaun ini tidak terpakai untuk G Hillstand.

Kanak-kanak berusia bawah tiga tahun pula boleh masuk secara percuma, tetapi tidak akan diberikan tempat duduk khusus.

Harga tiket bagi pelawat antarabangsa

Bagi bukan warganegara Malaysia, harga tiket adalah lebih tinggi dan ditetapkan dalam USD. Harga pas tiga hari bermula daripada US$218.90 (~RM895) untuk B dan C Hillstand, manakala tiket Main Grandstand berharga sehingga US$566.06 (~RM2,313).

Berikut ialah harga mengikut kategori:

  • Main Grandstand (MGS) Tempat duduk & Berbumbung – USD566.06
  • K1 Grandstand Tempat duduk & Berbumbung – USD350.13
  • F Grandstand Tempat duduk & Berbumbung – USD376.39
  • B Hillstand Kawasan rumput / Terbuka- USD218.90
  • C Hillstand Kawasan rumput / Terbuka- USD218.90

Lokasi tempat duduk di Litar Antarabangsa Sepang

Sebagai rujukan anda, hanya kawasan Main Grandstand (MGS), K1 dan F sahaja yang mempunyai bumbung, manakala kawasan lain seperti B, C dan G merupakan kawasan terbuka sepenuhnya.

Bagi Main Grandstand, ia menawarkan pandangan ke litar mula/penamat, laluan masuk dan keluar pit, serta pit box setiap pasukan. Sementara itu, K1 Grandstand yang terletak di Turn 1 dan Turn 2 pula menawarkan pandangan terbaik untuk detik permulaan perlumbaan, serta aksi memotong di selekoh pertama.

Manakala F Grandstand pula menawarkan pandangan terbaik untuk selekoh ketat double-apex di Turn 7 dan Turn 8.

Tiket kini boleh dibeli, tapi ada barisan menunggu agak panjang

Jika anda berminat, tiket kini boleh dibeli secara dalam talian melalui portal rasmi Bahrain GP. Perlu untuk dinyatakan juga bahawa pembayaran adalah menggunakan dalam mata wang BHD (Bahrain Dollar), berdasarkan hantaran pengguna di X.

Bagaimanapun, terdapat barisan menunggu yang agak panjang sebelum pembelian tiket boleh dilakukan. Malah, semakan sewaktu artikel ini ditulis, laman web juga kelihatan mengalami masalah teknikal.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN