• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

  • OLEH Mas Idayu
  • 2:49 pm
  • 14/08/2026
  • Komen
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?
Share on FacebookShare on Twitter

Tren EMU Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di jangka bakal beroperasi pada bulan Januari 2027 nanti.

Bagi yang ingin ke daerah negeri pantai timur menggunakan pengangkutan awam pastinya ini merupakan berita yang dinanti-nantikan!



Projek yang telah diusahakan sejak Ogos 2017 dan kemudian disambung semula pada Mei 2019 ini, bukan satu projek mudah untuk disiapkan apatah lagi ia melibatkan laluan kawasan bagi ketiga-tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

4 jam perjalanan lebih singkat

Menjengah ke laman web ECRL, laluan tren yang bermula di stesen Kota Baru, Kelantan dan berakhir di stesen Terminal Bersepadu Gombak, mengambil masa lebih kurang empat jam perjalanan yang lebih singkat berbanding tujuh jam perjalanan di jalan raya.



Peruntukan masa yang dinyatakan termasuklah perhentian setiap stesen yang dilalui tren sepanjang perjalanan ekspess ini.

Jika melihat perkiraan masa dari satu stesen ke stesen berikutnya lebih kurang satu jam ke satu jam lebih sahaja jurang masa tersebut.

Tren pertama yang berlepas dari Kota Bharu ke stesen Kuala Terengganu mengambil masa satu jam perjalanan. Manakala sambungan perjalanan tren dari stesen Kuala Terengganu ke stesen Kuantan adalah satu jam dua puluh lima minit. Perjalanan dari stesen Kuantan ke stesen Terminal Bersepadu Gombak pula mengambil masa satu jam tiga puluh lima minit.

Tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ini merupakan laluan tren yang telah lama dinantikan orang ramai, laluan sepanjang 665 kilometer ini bakal menghubungkan penumpang dari pelbagai negeri dengan satu perjalanan ekspress dengan kelajuan 160 kilometer per jam.

Dengan adanya tren Laluan Rel Pantai Timur ini ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas disamping memenuhi permintaan keperluan pengangkutan awam untuk orang ramai.

Tren ECRL EMU pertama kali sampai Terminal Bersepadu Gombak

Menerusi perkongsian Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) di YouTube, tren EMU dilihat bergerak dari stesen Kuantan menuju ke stesen Terminal Bersepadu Gombak buat pertama kalinya.

Perjalanan tren dari stesen Kuantan Port City untuk sampai ke stesen Terminal Bersepadu Gombak ini, perlu melalui lima stesen iaitu Kota SAS, Paya Besar, Maran, Temerloh, dan Bentong.

Buat masa ini pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) masih belum memaklumkan berapa tambang yang akan dikenakan bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ini.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan Januari 2027 akan datang. Siapa tak sabar nak naik tren EMU ECRL ni?

Tags: ECRLKotaBharuGombakLaluanRelPantaiTimurTrenLaluanRelPantaiTimur
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN