• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S26 FE terdedah menjelang pelancaran 27 Ogos

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:18 pm
  • 21/08/2026
  • Komen
Rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S26 FE terdedah menjelang pelancaran 27 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung nampaknya sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon Fan Edition mereka yang seterusnya, dan untuk tahun ini, ia adalah Galaxy S26 FE. Ini selepas Samsung memuat naik hantaran di laman media sosial X mereka, yang menyatakan akan terdapat acara Galaxy Event pada 27 Ogos ini.

Acara tersebut akan berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia, dan boleh ditonton secara rasmi menerusi laman web atau saluran YouTube mereka.



🍵 Look familiar? Look closer 👀 Welcome to Galaxy S ✨ #GalaxyAI

Learn more: https://t.co/v0AAeo8Emz pic.twitter.com/5qEMaakgjP

— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) August 19, 2026

Anda juga boleh jangkakan tempahan awal untuk Galaxy S26 FE akan bermula sejurus pengumuman rasminya di peringkat global.

Apa yang boleh anda jangkakan pada Galaxy S26 FE

Menjelang pelancarannya, pelbagai maklumat mengenai Galaxy S26 FE telah muncul dalam talian, termasuk imej render dan bahan promosi yang didakwa menunjukkan reka bentuk peranti tersebut.



Berdasarkan imej yang dikongsikan oleh Roland Quandt dan Android Headlines, kelihatan Galaxy S26 FE masih mengekalkan reka bentuk yang sama, dengan susunan tiga kamera belakang tapi dengan pepulau kamera yang kini sedikit berbeza.

Gambar yang dikongsikan juga menunjukkan ia tersedia dalam tiga pilihan warna, biru, hitam dan hijau. Ia juga dijangka menggunakan bingkai aluminium dan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan

Untuk spesifikasi pula, Galaxy S26 FE dikatakan bakal menggunakan skrin berukuran 6.7 inci, beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus+ serta bingkai aloi aluminium. Ia dikuasakan cip Exynos 2500, cip yang sama turut digunakan pada Galaxy Z Flip 7.

Bahagian pengimejan pula dikatakan akan dimuatkan dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP, dan telefoto 8MP. Manakala di hadapan, ia dijangka menggunakan sensor 12MP. Bahagian bateri pula dikatakan kekal tidak berubah, dengan kapasiti 4,900mAh yang boleh dicas pada kuasa 45W.

Seperti biasa, anda boleh jangkakan telefon ini akan menerima jaminan kemas kini perisian dan keselamatan selama 7 tahun, bersama-sama penarafan IP68 terhadap air dan habuk.

Video promosi turut bocor di TikTok

Leak Galaxy S26 FE ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Baru-baru ini, turut muncul sebuah video yang kelihatan seperti video promosi Galaxy S26 FE, dimuat naik di TikTok, menunjukkan telefon ini tampil dalam warna biru, dengan susunan kamera yang sedikit berbeza, selari dengan imej render yang dikongsikan sebelum ini.

Selain menunjukkan reka bentuk telefon, video tersebut turut mendedahkan beberapa ciri utama, termasuklah sokongan untuk fungsi Super Steady Video dengan Horizontal Lock bagi rakaman yang lebih stabil, ciri yang diperkenal pada siri Galaxy S26.

Menerusi sampel foto yang turut dikongsikan, rakaman tersebut berkemungkinan besar dirakam di Kuching, Sarawak, memandangkan salah satu sampel foto menunjukkan lokasi Aeon Mall Kuching Central.

Maklumat harga setakat ini masih belum diketahui. Namun sebagai perbandingan, Galaxy S25 FE tahun lalu berharga RM3,099 untuk varian 8GB RAM + 256GB, dan RM3,699 untuk varian 8GB RAM + 512GB.

Dengan trend harga yang semakin meningkat disebabkan krisis RAM dan memori ketika ini, anda boleh jangkakan harga model baharu ini turut berkemungkinan akan naik.

Tags: Galaxy S26 FEsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S26 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S26 FE terdedah menjelang pelancaran 27 Ogos

Rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S26 FE terdedah menjelang pelancaran 27 Ogos

21 August 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN