• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:48 pm
  • 01/09/2026
  • Komen
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia kini mengumumkan sebuah lagi telefon pintar bajet untuk pasaran kita, iaitu Realme C100x. Ia menjadi model kedua dalam barisan selepas Realme C100 pada bulan Mei lalu, dan merupakan pilihan yang lebih bajet dengan tanda harga bawah RM1,000.

Namun, fokus utama telefon ini masih kekal sama dengan bateri besar serta binaan cukup lasak, selain membawa beberapa ciri untuk kegunaan harian.



Harga Realme C100x di Malaysia

Pengguna yang berminat kini boleh mendapatkan Realme C100x pada harga RM999 untuk satu-satunya konfigurasi dengan RAM 6GB dan storan 256GB.

Pembelian boleh dibuat menerusi kedai jenama Realme, kedai pengedar sah serta stor rasmi Realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.



Realme C100x ditawarkan dalam dua warna, emas dan biru.

Spesifikasi realme C100x

Realme C100x merupakan telefon kelas permulaan dengan spesifikasi sederhana yang memfokuskan kepada kegunaan harian. Ia dilengkapi skrin LCD 6.8″ dengan resolusi HD+ 720 × 1570 piksel dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrin ini turut mempunyai kecerahan puncak sehingga 900 nits.

Untuk audio, telefon ini menggunakan pembesar suara mono dengan sokongan 300% UltraBoom Speaker.

Untuk prestasi, telefon ini dikuasakan cip T7250 dengan RAM 6GB LPDDR4X dan storan eMMC 5.1 seluas 64GB, selain menyokong kad mikroSD untuk peluasan storan.

Di jabatan pengimejan, Realme C100x mempunyai kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8 dan autofokus, manakala kamera hadapan menggunakan sensor 5MP. Kamera belakang menyokong rakaman video sehingga 1080p pada 30fps, selain mod seperti Portrait, Night, Pro, Panorama dan Slow Motion.

Bagi bateri, realme C100x menggunakan bateri besar berkapasiti 8,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W. Realme mendakwa pengecasan selama lima minit boleh memberikan sehingga empat jam masa panggilan, selain turut menyokong pengecasan terbalik 6W.

Menurut Realme, bateri ini mampu menyokong sehingga 1,600 kitaran pengecasan dan mengekalkan kesihatan bateri sehingga tujuh tahun. Ia juga direka untuk beroperasi dalam suhu antara -20°C hingga 53°C.

Telefon ini diiktiraf kalis percikan air dan debu IP64 serta mempunyai pengimbas cap jari di butang kuasa. Terdapat juga lampu Elegant Pulse Light di bahagian belakang yang memberikan visual untuk notifikasi, menghasilkan kesan lampu peribadi serta memberikan visual ketika menerima panggilan atau pemberitahuan.

Untuk sambungan, Realme C100x menyokong 4G LTE, Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.2. Ia mempunyai dua slot nano-SIM, tetapi tidak menyokong eSIM dan NFC. Ia turut mengekalkan bicu fon kepala 3.5mm.

Sejurus keluar kotak, Realme C100x menjalankan realme UI berasaskan Android 16, selain membawa ciri seperti AI Outdoor Mode dan Mini Capsule.

Layari laman produk Realme C100x untuk maklumat lanjut.

Tags: RealmeRealme C100xRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN