• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Skim Lindung 24 boleh masuk semula ke? Jom semak caranya!

  • OLEH Mas Idayu
  • 3:05 pm
  • 24/09/2026
  • Komen
Skim Lindung 24 boleh masuk semula ke? Jom semak caranya!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Julai lalu atas keputusan Kabinet dan Menteri Sumber Manusia, Perkeso telah membuat ‘opt-out’ di mana pencarum tempatan boleh memilih untuk dikecualikan daripada Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam).

Walaupun ramai menarik diri menerusi pilihan opt-out atas pelbagai faktor, timbul kesedaran baharu selepas melihat faedah yang diterima oleh pencarum yang mengalami kemalangan. Situasi ini membuatkan orang awam mula berbelah bahagi dan ingin tahu sama ada mereka boleh mendaftar semula.



Opt-in skim lindung 24 jam dengan 4 langkah

Bagi anda yang mahu menyertai semula Skim Lindung 24 Jam, prosesnya kini lebih mudah. Anda hanya perlu membuat pendaftaran (opt-in) melalui empat langkah ringkas di Portal Lindung Faedah. Ketahui caranya di bawah.

Sumber Perkeso
  • Pertama log masuk ke portal
  • Kedua “Opt-Out ke Opt-In/Pilih Majikan”
  • Ketiga buat pilihan “Saya memilih untuk menyertai Skim Lindung 24 jam”
  • Keempat klik “Sahkan, saya mahu menyertai” dan sahkan penyertaan anda

Manfaat yang disediakan dibawah lindung 24

Menerusi Skim Lindung 24 Jam ini, orang awam yang mencarum dibawah skim ini akan dilindungi jika berlakunya sebarang kemalangan ketika berada dirumah, dalam perjalanan peribadi, menjalani aktiviti riadah dan melakukan aktiviti harian di dalam negara. Tambahan lagi dibawah skim ini anda akan mendapat beberapa manfaat lain antaranya:



Sumber Perkeso
  • Faedah perubatan : Pekerja boleh mendapatkan rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan sehingga pulih. Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua dan rawatan pakar akan diberi jika perlu. Manakala bayaran ganti belanja, caj rawatan dari klinik bukan panel PERKESO atau hospital swasta, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan tuntutan bayaran ganti belanja tertakluk mengikut Akta Fi 1951.
  • Faedah hilang upaya sementara : Faedah dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakit yang diperakui doktor yang merawat dan bagi tempoh tidak kurang 4 hari termasuk hari kemalangan. Faedah juga dibayar kepada pekerja jika hadir bekerja dan dibayar gaji.
  • Faedah hilang upaya kekal : Taksiran kadar hilang upaya ditentukan Jemaah Doktor dan kadar bayaran ditetapkan berdasarkan taksiran hilang upaya, kadar gaji dan umur pencarum. Kaedah bayaran dan penetapan syarat bayaran dibuat sama seperti Skim Lindung Pekerja bagi bencana pekerjaan.
  • Elaun layanan sentiasa : Pekerja yang menerima taksiran hilang upaya langsung yang kekal dan tidak berdaya dengan teruk sehingga memerlukan layanan seseorang lain layak menerima elaun pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Khas atau Jemaah Doktor Rayuan. Elaun layanan ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.
  • Kemudahan pemulihan jasmani/vokasional : Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Faedah orang tanggungan : Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana bukan pekerjaan. Kadar dan syer orang tanggungan seperti pasangan, anak, ibu, bapa dan lain-lain adalah tertakluk kepada syarat sama seperti Skim Lindung Pekerja.
  • Faedah pengurusan mayat : Jumlah sebanyak RM3000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat bencana bukan pekerjaan atau semasa menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal. Pembayaran faedah dibuat kepada waris-waris yang layak. Jika tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
  • Faedah pendidikan : Faedah ini merupakan kemudahan dalam bentuk pinjaman yang disediakan kepada anak tanggungan orang berinsurans sekiranya orang berinsurans meninggal dunia dan berkelayakan memperolehi faedah Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan (Pencen Ilat atau Pencen Penakat) dan Skim Lindung 24 Jam. Atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Lindung 24 Jam.

Meski skim ini meliputi sehingga lapan faedah, namun terdapat juga kekurangan dari aspek seperti jika pekerja tidak pernah mengalami kemalangan sepanjang hayatnya, maka wang yang dicarum pada skim tersebut tidak dapat dikembalikan. Selain itu, Skim Lindung 24 Jam ini tidak digunapakai jika pekerja mengalami kemalangan di luar Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim layari laman sesawang Perkeso dan bagi yang ingin menyertai semula Skim Lindung 24 Jam anda boleh layari portal Lindung Faedah.

Tags: Lindung 24 JamPerkesoSkim Lindung 24 Jam
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Skim Lindung 24 boleh masuk semula ke? Jom semak caranya!

Skim Lindung 24 boleh masuk semula ke? Jom semak caranya!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN