• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer buka kedai konsep Predator pertama di Malaysia, lancar desktop gaming Orion 7000

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:37 pm
  • 01/10/2026
  • Komen
Acer buka kedai konsep Predator pertama di Malaysia, lancar desktop gaming Orion 7000
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia secara rasminya telah membuka Kedai Konsep Predator yang pertama mereka di Malaysia. Bertempat di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, ruang ini dibuka khusus untuk memberi peluang kepada komuniti gamer dan pengguna tempatan mencuba sendiri ekosistem peranti berprestasi tinggi keluaran Acer.

Menurut Johnson Seet, Ketua Perniagaan dan Produk Pengguna Acer Malaysia, pembukaan kedai konsep ini merupakan komitmen pihak Acer dalam menyediakan ruang berdedikasi untuk bagi komuniti gamer berinteraksi dan mengalami ekosistem produk Acer, di samping mengembangkan lagi barisan produk berprestasi tinggi mereka.



Sempena perasmian kedai baharu ini, Acer turut melancarkan komputer desktop gaming terbaharu mereka, iaitu Predator Orion 7000 yang dikemas kini dengan cip terbaharu.

Promosi sempena pembukaan kedai Konsep Predator

Sempena pembukaan kedai konsep Predator ini, Acer turut menawarkan promosi untuk beberapa produk terpilih dengan potongan harga sehingga RM1,300. Promosi ini berlangsung dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2026. Antara produk yang terlibat adalah:



Laptop

  • Predator Helios Neo 16 (Intel Core i5-14450HX, RTX 5060) — RM7,699 (harga asal RM8,299), diskaun RM600
  • Predator Helios Neo 16S (Intel Core i5-14450HX, RTX 5050) — RM6,699 (harga asal RM7,299), diskaun RM600
  • Acer Nitro V 16S AI (AMD Ryzen 7 260, RTX 5060) — RM7,499 (harga asal RM7,999), diskaun RM500
  • Acer Nitro V 15 (Intel Core 5 210H, RTX 5050) — RM4,699 (harga asal RM4,999), diskaun RM500

Komputer desktop

  • Acer Nitro N50 (Intel Core i5-14400F, RTX 3050) — RM3,399 (harga asal RM4,699)
  • Acer Nitro N30 (Intel Core Ultra 7 265F, RTX 5060) — RM6,499 (harga asal RM7,699)
  • Predator Orion 3000 (Intel Core Ultra 5 225F, RTX 5060) — RM6,099 (harga asal RM7,299)
  • Predator Orion 3000 (Intel Core Ultra 7 265F, RTX 5060) — RM8,999 (harga asal RM9,999)

Monitor

  • Predator X27UF25 — RM2,399 (harga asal RM2,899)
  • Nitro XZ322QUV3 — RM749 (harga asal RM899)
  • Nitro PG241Y P1 — RM549 (harga asal RM649)

Aksesori Acer

  • Kerusi gaming Predator Rift — RM399 (harga asal RM1,299)
  • Nitro Mobile Gaming Controller — RM299 (harga asal RM439)
  • Predator Wireless Gaming Controller — RM199 (harga asal RM399)
  • Predator Galea — RM149 (harga asal RM399)
  • Predator Cestus 317 — RM59 (harga asal RM99)

Kalau anda berminat dengan promosi ini, anda boleh kunjungi kedai konsep Predator pertama Acer di Malaysia yang terletak di Lot G-03, Aras G, Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Spesifikasi Predator Orion 7000

Predator Orion 7000 diposisikan sebagai PC desktop berkuasa tinggi. Model baharu ini dikuasakan cip pemproses Intel Core Ultra 9 285K dan dipadankan bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080. Ia turut dilengkapi RAM DDR5 seluas 32GB 6000 XMP RGB dan storan SSD berkapasiti 1TB.

Sekiranya anda mahu menaik taraf pada masa hadapan, Orion 7000 menyediakan slot RAM DDR5 tambahan dengan sokongan sehingga 128GB. Ia turut mempunyai dua slot M.2 untuk storan SSD sehingga 6TB, selain ruang untuk HDD 3.5 inci sehingga 4TB.

Satu aspek penting pada Orion 7000 ialah sistem penyejukan, di mana dilengkapi dengan penyejukan cecair CPU dan Predator CycloneX 360 yang menggunakan struktur saluran terbuka baharu. Reka bentuk terbuka ini didakwa mampu meningkatkan kecekapan penyejukan sebanyak 15% dan menurunkan suhu papan induk sehingga 9°C berbanding rekaan biasa.

Dari segi rupa paras, ia menggunakan panel sisi kaca terbaja (tempered glass) yang patuh piawaian EMI bagi mempamerkan komponen dalaman berserta nyalaan lampu ARGB. Acer turut memberikan jaminan servis di lokasi selama tiga tahun untuk desktop ini.

Harga Predator Orion 7000 di Malaysia

Predator Orion 7000 kini boleh didapati melalui penjual rasmi Acer dan Acer eStore pada harga RM18,999.

Bagi pembelian yang dibuat sebelum 14 Oktober 2026, pelanggan akan menerima tetikus gaming Predator Cestus 335 bernilai RM299 secara percuma, tertakluk kepada stok yang tersedia.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer nitroacer predatorPredator Concept StorePredator Orion 7000
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer buka kedai konsep Predator pertama di Malaysia, lancar desktop gaming Orion 7000

Acer buka kedai konsep Predator pertama di Malaysia, lancar desktop gaming Orion 7000

1 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN