• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

  • OLEH Mas Idayu
  • 7:08 pm
  • 01/10/2026
  • Komen
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan negeri Selangor memberi subsidi tambang pengangkutan sebanyak RM30 sebulan menerusi aplikasi Nine untuk warga Selangor.

Inisiatif yang dijalankan bertujuan bagi meringankan beban kos pengangkutan yang perlu ditanggung warga Selangor setiap bulan dan sekaligus menggalakkan rakyat negeri itu menggunakan pengangkutan awam serta mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan peribadi.



Untuk pengangkutan terpilih

Menjengah ke portal Kerajaan Negeri Selangor, inisiatif ini telah dijalankan sejak bulan Jun sehingga bulan Ogos 2026 yang lalu bagi fasa pertama. Di fasa pertama ini, kerajaan negeri Selangor telah memberi subsidi sebanyak RM30 sebulan menerusi aplikasi Nine bagi penerima yang layak.

Wang subsidi tersebut layak digunakan untuk operator pengangkutan Kumpool yang aktif di zon Petaling Jaya dan Cyberjaya.



View this post on Instagram

Melihat pula perkongsian Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Tan di laman Instragram miliknya berkongsi tentang pelaksanaan bagi fasa kedua subsidi tambang pengangkutan buat warga negeri itu.

Di fasa kedua pula bermula dari September sehingga Disember 2026, di mana pada fasa ini subsidi tambang pengangkutan diperluas ke mod pengangkutan awam yang lain seperti van Rapid On Demand dan Kereta api Tanah Melayu (KTM) yang disokong menerusi aplikasi Nine.

Syarat kelayakan penerima subsidi RM30

Bagi yang ingin mendapatkan subsidi ini, anda perlu menyemak terlebih dahulu syarat kelayakan jika ingin menggunakan subsidi tambang pengangkutan ini. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  • Pertama: Mestilah warganegara Malaysia dan pengundi di Selangor. Anda boleh layari pautan SPR untuk semakan DUN mengundi.
  • Kedua: Kawasan kediaman persekitaran permohon mempunyai akses pengangkutan awam berdekatan.
  • Ketiga: Mempunyai telefon pintar dan akaun Nine e-Wallet aktif
  • Keempat: Hanya terbuka kepada pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas buat masa ini.

Mohon subsidi di aplikasi Nine

Untuk memohon subsidi RM30 ini caranya cukup mudah, anda perlu memuat turun aplikasi Nine di Google Play Store dan Apple App Store terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:

  • Selepas memuat turun aplikasi Nine.
  • Bagi pengguna baharu anda perlu aktifkan e-Wallet terlebih dahulu.
  • Selepas akaun e-Wallet aktif, di skrin paparan utama anda klik ‘Transport’.
  • Kemudian pilih ‘Transport Subsidy’.
  • Keluar paparan Subsidi Tambang Pengangkutan di mana anda perlu melengkapkan semua bahagian butiran
  • Selesai mengisi semua butiran dengan lengkap, tekan ‘Hantar Permohonan’
  • Paparan permohon berjaya dihantar dan status permohonan akan dimaklumkan kemudian, tertakluk pada semakan kelayakan, pengesahan maklumat dan kuota semasa.

Sekadar info, selepas permohonan diluluskan subsidi bulanan akan dikreditkan ke e-Wallet aplikasi Nine dan pengguna boleh gunakan aplikasi ini untuk membayar tambang pengangkutan pilihan masing-masing.

Ada yang dah guna subsidi RM30 ni? Kongsikan pandangan anda diruangan komen kami.

Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor, Instagram Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor

Tags: aplikasi NINESelangorWarga Selangor
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN