• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bas elektrik berautonomi Putrajaya kini rasmi beroperasi waktu hari bekerja!

  • OLEH Mas Idayu
  • 11:55 am
  • 08/10/2026
  • Komen
Bas elektrik berautonomi Putrajaya kini rasmi beroperasi waktu hari bekerja!
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan bas kekal sebagai salah satu nadi utama pengangkutan awam di Malaysia. Menariknya, perkhidmatan bas tempatan kini berevolusi daripada model biasa kepada bas elektrik dan seterusnya kenderaan bas berautonomi tanpa pemandu.

Seiring perkembangan ini, menerusi hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Putrajaya, eMooVit dan Handal Indah, perkhidmatan Bas Elektrik Berautonomi Nadiputra melakar dimensi baharu apabila mula beroperasi secara rasmi pada hari ini, 7 Oktober 2026 untuk Laluan Pusingan P113.



Beroperasi pada hari bekerja sahaja

Menariknya perkhidmatan bas elektrik ini hanya beroperasi pada hari Isnin sehingga Jumaat sahaja. Perkhidmatan tidak disediakan pada hujung minggu dan cuti umum, memandangkan jadual operasinya disesuaikan mengikut waktu bekerja penjawat awam di Putrajaya.

Laluan dan jadual bertolak

Melihat perkongsian maklumat di laman Facebook Perbadanan Putrajaya ini, perkhidmatan Bas Elektrik Berautonomi ini melalui Laluan Pusingan P113 sahaja. Berikut adalah hentian yang terdapat sepanjang perjalanan ini.



  • Hentian bas di MRT Putrajaya Sentral
  • Hentian bas di Kementerian Kewangan
  • Hentian bas di Istana Kehakiman
  • Hentian bas di Kementerian Belia dan Sukan
  • Hentian bas di Dataran Gemilang
  • Hentian bas di Kompleks PPJ

Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan Bas Elektrik Berautonomi ini, berikut adalah jadual waktu bertolak yang perlu anda semak:

  • Waktu operasi pagi : 7.15 pagi | 8.15 pagi | 9.15 pagi | 10.15 pagi
  • Waktu operasi petang : 2.45 petang | 3.45 petang | 4.45 petang | 5.45 petang

Sekadar info, masa perlepasan dan ketibaan perkhidmatan bas elektrik ini adalah tertakluk kepada aliran traffik semasa di kawasan Putrajaya.

Tambang tanpa tunai RM1

Tambang yang dikenakan bagi perkhidmatan bas elektrik Laluan Pusingan P113 ini amat berpatutan, iaitu RM1 sahaja bagi setiap perjalanan. Bagaimanapun, kaedah pembayarannya setakat ini terhad secara tanpa tunai menerusi kad debit serta kredit Visa dan Mastercard.

Walau bagaimanapun, pengguna tegar Touch ‘n Go dan Pas My50 RapidKL, perlu mengambil maklum bahawa pilihan pembayaran tersebut belum lagi ditawarkan untuk perkhidmatan ini.

Untuk rekod, projek perintis Bas Elektrik Tanpa Pemandu (AEV) telah pun diuji di Putrajaya hasil kerjasama Perbadanan Putrajaya, eMoovit, dan UTM. Dilaksanakan menerusi dua fasa ujian antara Mei 2024 hingga Januari 2025, inisiatif ini berjaya membuktikan keupayaan bas autonomi beroperasi dengan selamat di jalan raya awam selain mendapat maklum balas positif daripada pengguna.

Ekoran kejayaan projek perintis berkenaan, Handal Indah Sdn Bhd diberi kepercayaan mengendalikan perkhidmatan bas elektrik autonomi bagi tempoh 18 bulan. Perkhidmatan ini secara rasminya mula beroperasi untuk orang awam di Putrajaya bermula hari ini.

Galeri gambar bas elektrik berautonomi

Apa pandangan anda tentang perkhidmatan Bas Elektrik Berautonomi ini, bagi yang telah mencuba menaiki bas elektrik ini kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruangan komen.

Sumber:1, 2, 3

Tags: Bas Elektrik BerautonomieMoovitHandal Indahkenderaan bas berautonomi tanpa pemanduLaluan Pusingan P113perbadanan Putrajaya
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bas elektrik berautonomi Putrajaya kini rasmi beroperasi waktu hari bekerja!

Bas elektrik berautonomi Putrajaya kini rasmi beroperasi waktu hari bekerja!

8 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN