• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:33 pm
  • 21/10/2026
  • Komen
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go secara rasmi telah melancarkan koleksi kad edisi khas Pokémon edisi ulang tahun ke-30. Ia adalah sempena sambutan ulang tahun ke-30 kedua-dua jenama tersebut. Paling menarik, ini merupakan kali pertama Touch ‘n Go menawarkan kad fizikal mereka dalam bentuk blind pack atau paket misteri.

Melalui konsep paket misteri ini, anda tidak akan tahu reka bentuk kad yang dibeli sehinggalah paket pembungkusannya dibuka.



Harga kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30

Bagi yang berminat, satu paket misteri Blind Pack dijual pada harga RM29 yang mengandungi satu kad rawak.

Manakala bagi peminat tegar yang mahu mendapatkan siri lengkap dalam pembelian, Touch ‘n Go turut menawarkan set kotak penuh pada harga RM232 yang mengandungi lapan paket misteri secara keseluruhan.



Daripada lapan paket misteri itu, tujuh daripadanya menampilkan karakter popular Pokémon termasuk Squirtle, Bulbasaur, Charmander, Pikachu, Blastoise, Venusaur dan Charizard. Manakala kad kelapan merupakan kad Pikachu istemewa yang rekaannya dirahsiakan.

Di mana boleh beli?

Koleksi siri Pokémon edisi ulang tahun ke-30 ini sudahpun mula dijual menerusi saluran dalam talian dan kedai fizikal terpilih di seluruh negara.

Bagi pembelian secara dalam talian, anda boleh mendapatkannya menerusi stor dalam talian Touch ‘n Go, platform eShop di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, serta kedai rasmi Touch ‘n Go di Shopee dan Lazada.

Jika anda lebih gemar membeli terus di kedai fizikal, kad ini boleh didapati di hab Touch ‘n Go di Bangsar, cawangan 7-Eleven terpilih dan pasar raya Jaya Grocer di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dilengkapi fungsi NFC

Dari segi fungsi, kad edisi Pokemon ini mempunyai fungsi yang sama seperti kad Touch ‘n Go Enhanced yang lain. Setiap kad dilengkapi dilengkapi teknologi NFC membolehkan pengguna menyemak baki dan menambah nilai melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Kad ini juga boleh digunakan untuk membayar tol, parkir serta perjalanan menggunakan pengangkutan awam seperti tren dan bas. Ini termasuk untuk pas perjalanan seperti pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara, dan Rapid Bulanan.

Tags: Kad Pokemon Edisi Ulang Tahun ke-30kad tngpokemonTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN