• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Klook perkenal ciri Data Bank, boleh simpan baki data eSIM untuk percutian seterusnya

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:37 pm
  • 19/11/2026
  • Komen
Klook perkenal ciri Data Bank, boleh simpan baki data eSIM untuk percutian seterusnya
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda kerap melancong ke luar negara, anda pasti pernah membeli pelan eSIM perayauan dengan kuota data yang melebihi keperluan sebenar. Malangnya, kebanyakan pelan eSIM prabayar mempunyai tempoh sah yang tetap, bermakna sebarang baki data yang tidak digunakan akan hangus begitu sahaja selepas percutian anda tamat.

Kini, Klook tampil menyelesaikan masalah tersebut menerusi ciri Data Bank terbaharunya yang membolehkan pengembara menyimpan baki data eSIM yang tidak terpakai dan membawanya ke hadapan untuk perjalanan seterusnya.



Daripada membiarkan baki data terbazir, anda boleh mengumpulnya di dalam akaun Klook atau berkongsikannya dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

Bagaimana Klook Data Bank berfungsi?

Menerusi Klook Data Bank, baki data mudah alih yang tidak digunakan daripada pelan eSIM Klook anda akan dikreditkan secara automatik ke dalam Data Bank di aplikasi Klook sebaik sahaja tempoh pelan tersebut tamat.



Jumlah data yang boleh disimpan bergantung kepada jenis pelan eSIM yang dibeli:

  • Data tetap: Simpan baki data yang tidak digunakan, dibundarkan ke bawah kepada 0.5GB terdekat. Contohnya, pelan eSIM 10GB dengan baki 2.2GB = 2GB disimpan.
  • Harian 1GB: Simpan 0.1GB sehari. Contohnya, pelan 7 hari = 0.7GB disimpan.
  • Harian 3GB: Simpan 0.5GB sehari. Contohnya, pelan 7 hari = 3.5GB disimpan.
  • Data tanpa had: Simpan 1GB sehari. Contohnya, pelan 7 hari = 7GB disimpan.

Secara ringkasnya, pelan data tetap membolehkan anda menyimpan baki sebenar yang tidak terpakai, manakala pelan harian dan tanpa had membolehkan anda menyimpan jumlah data yang telah ditetapkan berdasarkan tempoh pelan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa eSIM anda mesti diaktifkan dan merekodkan penggunaan sebenar untuk layak. Anda tidak boleh sekadar membeli eSIM, membiarkannya tidak digunakan dan mengharapkan keseluruhan kuota data dikreditkan ke Data Bank.

Menurut Klook, data yang disimpan biasanya akan dikreditkan dalam tempoh tiga hari selepas pelan eSIM anda tamat tempoh.

Bagaimana cara menggunakan baki data Klook eSIM yang disimpan?

Apabila merancang percutian luar negara yang seterusnya, anda boleh menebus baki terkumpul Data Bank dengan menggunakannya pada pembelian pelan eSIM Klook baharu yang layak tanpa sebarang kos tambahan.

Lebih menarik lagi, data yang disimpan tidak terikat kepada negara asal tempat anda membeli eSIM tersebut. Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki 3GB tidak digunakan daripada eSIM Jepun, anda boleh menggunakan baki 3GB yang sama untuk percutian seterusnya China atau negara-negara lain.

Namun, perlu diambil perhatian bahawa anda tidak boleh menggunakan baki Data Bank untuk mengaktifkan eSIM percuma secara berasingan. Anda masih perlu membeli pelan eSIM Klook yang layak terlebih dahulu dan kemudian memasukkan baki data simpanan anda semasa proses pembayaran.

Bagi pelan berdasarkan kuota data tetap, penukarannya lebih mudah, di mana 1GB data simpanan memberikan tambahan 1GB. Contohnya, jika anda membeli pelan 5GB dan menebus 3GB daripada Data Bank, anda akan mendapat jumlah keseluruhan 8GB untuk digunakan.

Bagi pelan harian dan tanpa had pula, jika anda membeli salah satu daripada pelan ini untuk percutian seterusnya, baki di dalam Data Bank akan ditukar untuk menebus hari penggunaan tambahan mengikut kadar penebusan minimum berikut:

  • Pelan Harian 1GB: 1GB data simpanan bersamaan 1 hari tambahan
  • Pelan Harian 3GB: : 3GB data simpanan bersamaan 1 hari tambahan
  • Pelan Data Tanpa Had: 4GB data simpanan bersamaan 1 hari tambahan

Sebagai contoh, kalau anda beli pelan harian 1GB dan anda mempunyai 3GB baki dalam Data Bank, baki tersebut boleh ditebus untuk mendapatkan 3 hari penggunaan tambahan. Sebaliknya, jika anda mahu menebus 7 hari tambahan bagi pelan data tanpa had, anda memerlukan sekurang-kurangnya 28GB data terkumpul (4GB x 7 hari).

Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah Data Bank hanya membenarkan penebusan dalam angka GB penuh. Jika anda mempunyai simpanan 3.5GB, anda hanya boleh menggunakan 3GB untuk pelan data tetap yang layak, manakala baki 0.5GB lagi akan kekal di dalam akaun anda.

Buat masa ini, penebusan data simpanan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih Klook untuk iOS dan Android. Selain itu, baki Data Bank tidak boleh digabungkan dengan kupon Klook, kod promosi atau diskaun promosi lain, namun anda masih boleh menggunakan KlookCash.

Berapa lama baki data eSIM boleh disimpan?

Data terkumpul di dalam Klook Data Bank sah digunakan selama 180 hari. Walau bagaimanapun, terdapat ciri berguna yang membolehkan pengembara tegar menyimpan data mereka untuk tempoh yang lebih lama.

Setiap kali data baharu dimasukkan ke dalam Data Bank, tempoh sah 180 hari akan diperbaharui untuk keseluruhan baki terkumpul anda. Perkara yang sama turut terpakai apabila anda menerima data simpanan sebagai hadiah daripada pengguna lain.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai simpanan 4GB daripada percutian terdahulu dan 3GB lagi dikreditkan selepas percutian seterusnya, gabungan baki 7GB tersebut akan menerima tempoh sah 180 hari yang baharu. Ini membolehkan anda terus mengumpul lebih banyak data merentasi beberapa perjalanan, asalkan terdapat “deposit” baharu sebelum baki sedia ada tamat tempoh.

Sebagai alternatif, jika anda tiada rancangan percutian dalam masa terdekat, anda boleh menghadiahkan data simpanan tersebut kepada rakan atau ahli keluarga yang mempunyai akaun Klook.

Anda boleh menghadiahkan minimum 0.5GB, dan penerima mempunyai masa 72 jam untuk menuntutnya. Jika tidak dituntut dalam tempoh tersebut, data itu akan dipulangkan semula ke baki Data Bank anda secara automatik. Namun, hanya data yang terkumpul daripada pembelian eSIM yang layak sahaja boleh dihadiahkan, data yang diterima melalui hadiah, promosi atau sumber bukan pembelian tidak boleh dihadiahkan semula.

Klook tawar data perayauan percuma sehingga 50GB

Bagi meraikan pelancaran Data Bank di Malaysia, Klook menawarkan peluang kepada pengembara untuk menuntut data perayauan percuma antara 0.5GB hingga 50GB. Menurut Klook, pengguna yang menuntut data promosi ini juga akan menerima jumlah yang sama untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan.

Ciri Klook Data Bank kini tersedia untuk pengguna eSIM Klook yang layak di Malaysia menerusi aplikasi Klook. Perlu diingatkan bahawa ciri ini tidak disokong di beberapa negara terpilih seperti Brunei, Maldives, Mongolia, Argentina serta pelan eSIM serantau tertentu.

Walaupun Data Bank tidak menghapuskan keperluan untuk membeli eSIM baharu bagi percutian seterusnya, ia merupakan cara yang praktikal untuk menyelamatkan kuota data yang telah pun anda bayar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari halaman Klook Data Bank dan membaca Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan.

Tags: eSimklookKlook Data BankPerayauan Datasim
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Klook perkenal ciri Data Bank, boleh simpan baki data eSIM untuk percutian seterusnya

Klook perkenal ciri Data Bank, boleh simpan baki data eSIM untuk percutian seterusnya

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN