• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Majoriti pelajar rasakan PdPR tidak berkesan, ada yang alami masalah mental

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:47 pm
  • 21/04/2022
  • Komen
Lebih baik untuk keluarga bekerja, persatuan ibubapa setuju sekolah tetap dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mula diperkenalkan sekitar bulan Mac 2020 ketika Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. Ia melalui pelbagai fasa, sehinggalah wujudnya sistem penggiliran. Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Perundingan Kanak-Kanak (CCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada tahun lalu, mereka dapati bahawa sekitar 76.7% pelajar pilih untuk menyertai kelas fizikal berbanding kelas dalam talian. Tinjauan juga menunjukkan bahawa belajar dalam talian merupakan satu cabaran dan boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.

Tinjauan itu diedarkan melalui Google Docs, WhatsApp dan e-mel. Seramai 7,332 responden terlibat. Tinjauan dilakukan dari 9 Ogos 2021 hingga 30 September 2021. Majoriti responden berumur 11 tahun dan berasal dari Pahang. 75.9% responden adalah pelajar sekolah awam.



Dalam tinjauan itu juga didapati, seramai 56.1% pelajar yang terlibat merasakan PdPR yang diperkenalkan semasa pandemik itu tidak berkesan. 44.7% berkata input pengajaran yang mereka terima dalam kelas maya adalah lebih rendah, daripada apa yang mereka perolehi jika belajar secara bersemuka. Di samping itu, apabila mengambil kira tentang sambungan Internet, 57.3% atau 4,201 murid sekolah menghadapi kesukaran mencari sambungan internet, manakala 20.5% pelajar menghadapi isu ini sepanjang masa.

Tapi, kekurangan gajet yang sesuai tidaklah menjadi punca utama kesukaran belajar dalam talian. Hal ini kerana 72.6% pelajar berkata mereka mempunyai alatan yang sesuai untuk belajar dalam talian manakala 27.4% pelajar berkata sebaliknya.



Walaupun begitu, 67.8% pelajar berkata pembelajaran di rumah memberi mereka peluang untuk membuat jadual dan peraturan mereka sendiri. Dengannya, mereka boleh belajar cara untuk menguruskan masa dengan lebih baik.

CCC juga menyentuh tentang kesihatan dan sokongan mental. 31.8% kanak-kanak berkata tiada perubahan mengenainya kepada mereka, 31.4% kanak-kanak mengatakan mereka tidak suka belajar dari rumah, manakala 31.2% kanak-kanak berkata mereka lebih selesa makan dan belajar di rumah. Hanya 5.6% kanak-kanak melaporkan mereka mengalami masalah mental semasa PdPR.

Melalui tinjauan ini, majoriti merasakan PdPR tidak berkesan dan majoriti juga menghadapi kesukaran mencari sambungan internet. Bukan sahaja pelajar sekolah, mungkin pelajar Universiti juga merasakan perkara yang sama.

[Sumber: Malaymail]

Tags: PdPR
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lebih baik untuk keluarga bekerja, persatuan ibubapa setuju sekolah tetap dibuka

Majoriti pelajar rasakan PdPR tidak berkesan, ada yang alami masalah mental

21 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN