Setelah beberapa siri perbincangan dijalankan, akhirnya Twitter telah menerima tawaran pengambilalihan oleh Elon Musk pada harga USD44 billion (~RM191 billion), menurut laporan Reuters.
Elon Musk pernah mengkritik cara platform Twitter mengawal selia kandungan yang diutuskan pengguna kerana menurutnya, ia merencatkan nilai kebebasan bersuara. Dia memberikan contoh akaun Donald Trump yang diharamkan daripada platform itu.
Beliau turut mengwar-warkan mencadangkan Twitter untuk memasukkan ciri menyunting Tweet selepas disunting dan juga ingin berhabis-bahisan melawan bot yang menghantar spam.
Twitter bukanlah sebuah syarikat yang menguntungkan. Platform-platform pesaingnya mencatatkan nilai sesaham jauh mengatasinya sedangkan Twitter masih berada di takuk bawah USD70 sejak sekurang-kurangnya 2014.
Malah Elon Musk memang sedia maklum yang pembelian Twitter bukanlah untuk mencari keuntungan. Apa yang lebih penting kepadanya adalah untuk memiliki sebuah platform yang kukuh batu asasnya kerana di dalamnya, ada lebih 206 juta pengguna harian dan dalam kalangannya ada pengguna berstatus VIP.
Sumber: Reuters