• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:23 pm
  • 27/04/2022
  • Komen
Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee Malaysia telah menganjurkan sebuah forum maya bertajuk, Marketplaces: Towards a More Inclusive and Participative Economy. Melaluinya, panel yang hadir telah membincangkan tentang kepentingan perkhidmatan platform teknologi kepada golongan OKU dan wanita.

Ada tiga speaker yang terlibat, pertama ialah Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, kedua ialah YB Senator Datuk Ras Adiba, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Presiden OKU Sentral, ketiga ialah Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad.



Internet banyak bantu masyarakat OKU dalam pelbagai perkara

Menekankan tentang cabaran masyarakat OKU dalam menyertai ekonomi arus perdana, YB Senator Datuk Ras Adiba berkata, “Internet telah menyelamatkan nyawa kami”. Tambahnya, memandangkan ramai daripada mereka yang harus kekal di rumah, Internet merupakan cara untuk mereka pelajari kemahiran baharu, berdagang dan meneruskan kehidupan.

Malah, bagi yang kekurangan wang, menjual barangan melalui Internet benar-benar membantu mereka. Selain itu, kelas perniagaan dalam talian juga membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan dari segi ekonomi.



Pada masa yang sama, YB Senator Datuk Ras Adiba juga ada menegaskan bahawa banyak yang perlu dilakukan untuk bantu komuniti yang terabai. Kerajaan harus memberi geran, pinjaman dan bimbingan buat mereka. Latihan yang disediakan oleh Shopee untuk penjual dalam talian juga adalah penting. Program-program ini membolehkan mereka mencari rezeki dari rumah.

Wanita luar bandar jana pendapatan RM1000 seorang pada Raya yang lepas

Shopee telah jalankan satu tinjauan #RayaBersamaShopee antara 18 Mac hingga 18 April 2022. Ia melibatkan lebih daripada dua ribu penjual, di mana 70% daripada mereka adalah wanita yang diperkasakan untuk menyara keluarga, sambil mengurus rumah tangga. Dalam tinjauan itu, didapati pada tempoh Raya yang lepas, penjual-penjual tersebut menjana jumlah pendapatan hampir seribu Ringgit setiap orang. Kebanyakannya menjual fesyen, aksesori wanita serta produk kesihatan dan kecantikan.

Penjual-penjual wanita ini secara purata mampu menanggung lebih daripada tiga orang tanggungan dalam isi rumah mereka. Kebanyakan mereka tinggal di Lembah Klang atau Johor, tetapi ramai yang mewakili kawasan luar bandar Malaysia di Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Terengganu.

Menurut Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, tinjauan mereka dapati melalui kempen pendekatan hyper localised seperti #RayaBersamaShopee, para penjual di kawasan luar bandar dapat mempromosikan produk mereka kepada pengguna dengan lebih mudah.

Selain itu, jumlah peniaga luar bandar di Malaysia yang menjual di platform Shopee juga meningkat sebanyak 7.5 kali ganda sejak Januari 2020. Perniagaan mereka juga berkembang lebih 150%.

Inisiatif #ShopeeSapotLokal

Di samping itu, pada 16 Jun 2022, inisiatif #ShopeeSapotLokal akan diteruskan dengan tema Level Up: Driving Growth Together yang menghimpunkan penjual dari seluruh negara secara dalam talian dan bersemuka buat pertama kali. Dari situ, mereka boleh berkongsi pengalaman dan belajar daripada satu sama lain. Modul-modul Shopee University tentang pemasaran, jualan dan operasi juga akan dikongsi, sebagai tambahan kepada perkongsian pandangan daripada pakar industri.

Nampaknya, peniaga daripada dua kelompok ini mampu berniaga secara dalam talian dengan baik dan boleh berkembang sama seperti perniaga yang lain. Platform Shopee sememangnya mudah diakses oleh semua golongan dan ini merupakan salah satu tempat yang membolehkan sesiapa sahaja menjana pendapatan.

Tags: hari raya 2022Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%

Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%

27 April 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER