Peminat bola sepak terutama sekali liga tempatan, harus menyertai kempen Demam Bola bersama Shopee yang sedang berjalan dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018. Selain menguji kesetiaan anda kepada pasukan bola sepak tempatan, ia juga menyediakan hadiah sempena Piala Dunia 2018.
Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti Selangor FA, JDT FC dan Kedah FA. Pertandingan tersebut dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee.
Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak, meneka keputusan perlawanan dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama. Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini.
Sepanjang tempoh ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan diskaun sehingga 90% di Shopee. Pelbagai produk lain di rumah juga boleh dibeli seperti televisyen berdefinisi tinggi, projektor, sistem bunyi keliling, perkakas untuk barbeku, makanan ringan dan banyak lagi.
Shopee akan meneruskan promosi jualan tiket, Beli 1 Percuma 1 menerusi jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium yang menjanjikan pelbagai aksi tersendiri. Promosi ini tertakluk pada perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple AppStore atau Google PlayStore. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari https://www.facebook.com/ShopeeMY/.