• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola Edge 30 tiba dengan diskaun RM200 dan skrin OLED 144Hz

  • OLEH Najib
  • 2:21 pm
  • 16/05/2022
  • Komen
Motorola Edge 30 tiba dengan diskaun RM200 dan skrin OLED 144Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Motorola semakin membanjiri pasaran Malaysia apabila satu lagi telefon pintar kelas pertengahan akan dilancarkan tidak lama lagi. Menariknya, telefon pintar baru ini, Motorola Edge 30 menampilkan beberapa ciri-ciri unik yang sukar ditemui dalam kelasnya.

Perlu diingatkan bahawa ini adalah model yang lebih rendah berbanding Motorola Edge 30 Pro yang dilancarkan pada bulan Mac lepas. Model bukan Pro ini tergolong dalam kelas pertengahan, dikatakan adalah telefon pintar 5G paling nipis masa kini.



Harga dan promosi jualan

Motorola Edge 30 akan dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga berikut:

  • Motorola Edge 30 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,599

Tetapi khas sehingga 16 Mei 2022, tempahan awal Motorola Edge 30 diberikan diskaun sebanyak RM200, menjadikan harganya cuma RM1,399 sahaja. Tempahan awal ini boleh didapati di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Motorola Edge 30

Motorola Edge 30 Pro kuat diiklankan sebagai telefon pintar 5G ternipis di dunia. Tebalnya cuma 6.79mm dengan berat keseluruhan telefon hanya 155g. Untuk perbandingan, Galaxy A53 memiliki berat 189g manakala iPhone 13 pula 174g.

Capaian 5G pada telefon ini diuruskan oleh cip Snapdragon 778G+, pemproses dengan prestasi kelas pertengahan. Apa yang membezakannya dengan cip Snapdragon 778G adalah kelajuan lebih tinggi, sekaligus memiliki prestasi lebih baik. Menambah baik prestasi padanya adalah RAM LPDDR5 seluas 8GB dan storan sebesar 128GB. Tiada ruang untuk kad mikroSD.

Satu lagi kelebihan yang terdapat pada Motorola Edge 30 adalah paparannya. Ia menggunakan skrin OLED HD Penuh, dengan kadar penyegaran dinamik sehingga 144Hz. Model lain dalam julat harga ini biasanya ada skrin OLED 120Hz sahaja.

Kaca Corning Gorilla Glass 3 melapisi bahagian hadapan skrin, manakala pengimbas capjarinya ada di dalam skrin. Ini berbeza dengan model Pro yang ada pengimbas capjari di sisi. Telefon ini diiktiraf kalis percikan air IP52.

Skrin hadapan ini memiliki lubang kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 32MP. Kamera belakang pula ada 3 iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera potret 2MP. Bagaimanapun, bonjolan kamera belakang dilihat agak ketara tebalnya kerana badannya yang sangat nipis.

Badan yang sangat nipis ini turut menjadikan bateri di dalamnya agak kecil, berkapasiti 4,020mAh sahaja. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 33W TurboPower USB-C.

Jek audio 3.5mm tiada di Motorola Edge 30 tetapi ia memiliki speaker stereo yang menyokong teknologi audio Dolby Atmos dan Snapdragon Sound. Ia juga hadir dengan NFC, Bluetooth 5.2 dan WiFi 6E.

Sistem operasi pula menggunakan Android 12 dengan lapisan MyUX. Motorola menjamin kemaskini OS sebanyak 2 kali dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun.

Motorola Edge 30 dilancarkan di peringkat antarabangsa dengan tiga pilihan warna iaitu Meteor Grey, Aurora Green, dan Supermoon Silver. Tetapi dalam tempahan awal di Malaysia sekarang, hanya ada warna Meteor Gray.

Tags: MotorolaMotorola Edge 30
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Motorola Edge 30 tiba dengan diskaun RM200 dan skrin OLED 144Hz

Motorola Edge 30 tiba dengan diskaun RM200 dan skrin OLED 144Hz

16 May 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER