Dengan lebih 150 juta kenderaan di seluruh dunia menggunakan fungsi Android Auto, sudah tentu Google ingin pastikannya kekal releven dan intuitif untuk digunakan. Melalui satu utusan blog di saluran rasmi mereka, Google mengumumkan beberapa naik taraf pada Android Auto.
Antara muka segar
Pengguna Android Auto akan menerima antara muka yang diperbaharui. Ia dibangunkan atas kesedaran Google tentang prioriti pengguna letakkan sewaktu memandu iaitu navigasi, media, dan komunikasi. Jadi, antara muka baharu ini akan membahagian paparan kepada tiga bahagian dan setiap satunya mengandungi tiga perkara tersebut.
Android Auto skrin
Tidak terhenti di situ, ia cukup pintar untuk beradaptasi kepada sebarang paparan. Perkara ini penting kerana terdapat pelbagai saiz skrin dan nisbah paparan di luar sana yang mungkin menyebabkan UI sedia ada sukar untuk dipaparkan secara intuitif.
Android Auto kini memahami konteks
Google Assitant di Android Auto kini boleh membalas mesej berpandukan konteks. Contohnya, sewaktu memandu, anda terima mesej mengajak anda “mengopi”, Android Auto akan cadangkan mesej balas seperti “Ok” dan sebagainya.
Selain menggunakan suara untuk membalas, anda boleh terus menekan mesej balas ringkas yang terpapar di atas skrin.
Fungsi tambahan untuk Android Automotive
Android Automotive adalah sistem infotainment yang diperkasa Android, dan bukannya sistem operasi generic yang menyokong Android Auto.
Untuk Android Automotive, penggunannya bakal beroleh akses menonton video kegemaran. Mereka turut boleh melayari kandungan web menerusi Google Chrome.
Sumber: Google
Bacaan berkaitan
Apa beza Android Auto dengan Android Automotive? – SoyaCincau.com
Android Auto secara wayarles, cara guna di mana-mana peranti Android – SoyaCincau.com