Di Computex 2022, Dr. Lisa Su, CEO AMD mengatakan yang CPU terbaik di desktop untuk gaming setakat ini adalah Ryzen 7 5800X3D. Ia membawakan naik taraf saujana walaupun menggunakan soket AM4 yang sudah memasuki usia 5 tahun sedangkan dalam tempoh yang sama, Intel telah mengeluarkan 4 varian soket.
Namun, bagi memberikan pengalaman komputer lebih baik kepada pengguna, AMD telah mengumumkan sisi Ryzen 7000 yang menggunakan soket baharu iaitu AM5.
Maklumat yang dikongsikan AMD tidaklah terlalu dalam tapi tidak pula terlalu samar-samar. Mungkin sekadar cukup untuk menyelaraskan jangkaan pengguna di luar sana.
Perkara pertama yang perlu anda tahu tentang soket AM5 adalah ia kini adalah daripada jenis LGA, bermakna pin yang bersetunhan antara papan utama dengan cip terlatak di atas soket papan utama.
Papan induk pertama yang akan menyokong AM5 adalah yang diperkasa soket B650, X670, san X670.
Pada segi CPU siri Ryzen 7000, mereka tidak mengumumkan sebarang SKU yang akan menemui pengguna. Tapia da beberapa maklumat penting yang dikongsikan.
Cip ini menggunakan teras Zen 4 yang dibangunkan berasaskan pemerosesan 5nm. Salah satu mengumuman mengagumkan adalah ada antara SKU mampu bekerja pada clockspeed melebihi 5Ghz.
Ada beberapa demonstrasi dipamerkan sewaktu pembentangan. Mereka pamerkan keupayaan Ryzen 7000 memainkan Ghostwire: Tokyo dengan CPU 5.5Ghz, kemudian mereka turut pamerkan keupayaan CPU mengendalikan proses Blender 30% lebih pantas daripada Core i9-12900K.
Anda boleh jangkakan keupayaan grafik yang baik kerana bahagian GPU-nya menggunakan RDNA2, seni bina yang sama digunakan pada PS5 dan Xbox Series X, disamping sokongan DDR5 dan PCIe 5.0.
Bacaan berkaitan
Siri AMD Ryzen 5000 untuk laptop: Ini maklumat yang anda perlu tahu – SoyaCincau.com
AMD perkenal CPU laptop siri Ryzen 6000 yang boleh ray-tracing – SoyaCincau.com