Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Siri AMD Ryzen 5000 untuk laptop: Ini maklumat yang anda perlu tahu

AMD telah umumkan portfolio CPU baru mereka untuk laptop di acara CES 2021. Untuk siri Ryzen 5000, hampir kesemuanya menggunakan seni bina berteraskan Zen 3 iaitu seni bina paling canggih dan terkini buat masa ini untuk pengeluar tersebut. Bagusnya Zen 3 berbanding Zen 2 ialah prestasinya untuk setiap Ghz dipertingkat sebanyak 19%. Maka, jangkakanlah prestasi yang lebih tinggi dairpada CPU Zen 3 walaupaun pada clockspeed yang sama Zen 2.

Menurut pengeluarnya, siri Ryzen 5000 ini:

  • 16% lebih prestasi semasa lakukan kerja ekateras manakala 14% lebih prestasi smeasa lakukan kerja multiteras
  • Hayat bateri lebih panjang, sehingga 17.5 dengan penggunaan biasa ataupun 21 jam bila menonton video

Kalau anda perasan, ada tiga CPU yang masih gunakan Zen 2 iaitu 5700U, 5500U, dan 5300U. Sungguhpun tidak memberitahu secara terus, ramai penganalisis membangkitkan spekulasi yang mereka hadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan terhadap produk Zen 3.

Tak menghairankan sebab mereka turut menghasilkan semikonduktor untuk kedua-dua konsol permaintan generasi baru iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Satu fakta menarik tentang siri Ryzen 5000 adalah, menurut AMD, CPU mereka adalah satu-satunya dalam pasaran yang tawar 8 teras untuk laptop ultranipis.

Sudah terlalu lama berada dalam bayang-bayang Intel, untuk tahun 2021, mereka mensasarkan lebih 150 model laptop akan diperkasa Ryzen.

Maklumat rasmi masih belum ada, tapi antara yang terawal ialah Asus yang mengemaskini semua varian gaming laptop mereka dengan Ryzen 5000. Model yang bekal menemui anda ialah:

  • Asus Zephyrus G14
  • Asus Zephyrus G15
  • Asus Zephyrus Duo
  • Asus Flow X13
  • Asus TUF A15
  • Asus TUF F15
  • Asus Strix Scar 15
  • Asus Strix Scar 17

Anda boleh tonton pembentangan penuh AMD dalam video di bawah.

BACA  Menangi iPhone 12 dan nikmati 88GB data hotspot percuma di Celcom Xpax sempena Tahun Baru Cina