• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis tiba-tiba mahu periksa telefon anda? Ambil tindakan ini dan ketahui hak rakyat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:05 pm
  • 25/05/2022
  • Komen
Polis tiba-tiba mahu periksa telefon anda? Ambil tindakan ini dan ketahui hak rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

Tular di Twitter pada 22 Mei lalu satu bebenang yang ditulis oleh pengguna mengenai pengalamannya di intimidasi pihak polis. Polis itu mahu memeriksa telefonnya secara tiba-tiba dan akhirnya dia diminta untuk ikut ke balai. Sebenarnya, adakah pegawai polis dibenarkan memeriksa telefon individu?

Kisahnya bermula apabila pengguna Twitter @SimpletonED didatangi dua orang polis berpakaian biasa ketika sedang duduk di gerai mamak. Setelah mengajukan beberapa soalan kepadanya, polis tersebut meminta kad pengenalan dan telefon pintar milik lelaki tersebut. Menurut polis itu, mereka berhak bertanya untuk memeriksa telefon, tanpa mengulas di bawah Akta apa dan kesalahan yang dilakukan.



Dia juga menceritakan lebih kurang 6 hingga 8 orang pegawai tiba-tiba datang kepadanya. Pegawai berkenaan cuba menakut-nakutkannya supaya ikut ke balai tanpa menyatakan sebab atau kesalahan yang sah. Para pegawai juga didakwa mengikutnya pulang ke rumah. Malah akhirnya, lelaki tersebut dibawa ke balai dan ditahan di sana selama berjam-jam.

Ketika di IPD mereka hanya sembang kosong dan ada pegawai minta untuk melihat telefonnya. Lelaki tersebut berikan telefon untuk tidak melengahkan masa. Selepas satu jam, telefonnya dipulangkan. Tiada jenayah dan kesalahan didakwa ke atasnya.



Intimidasi Polis – Satu Pengalaman
Police Intimidation – An experience

Intimidasi polis satu mitos? Berdasarkan pengalaman, ianya satu kebenaran. Penyalahgunaan kuasa oleh pegawai tahap rendah dengan tujuan menakutkan rakyat yang tidak bersalah. (1/25)

Ini bebenang.

— 🇲🇾‎إدوين 🇲🇾 (@SimpletonED) May 22, 2022

Bolehkah polis periksa telefon orang awam?

Peguam dan ahli politik, Syahredzan Johan telah membalas tweet tersebut. Dia menyatakan bahawa perkara yang dilakukan pegawai polis itu tidak dibenarkan undang-undang. Menurutnya, jika individu ditahan, polis memang mempunyai kuasa periksa telefon. Tapi mereka tidak boleh periksa telefon individu tanpa sebab dan individu tidak perlu berikan telefon jika tidak disyaki atau tidak disiasat.

Polis boleh check phone kita? Sedikit perkongsian. pic.twitter.com/W8gFgCX9Vr

— Syahredzan Johan (@syahredzan) May 23, 2022

Malah, pernah juga dikongsikan sebelum ini yang menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam. Menurut Musa, polis hanya boleh periksa telefon orang awam jika ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya.

Perkara perlu dilakukan apabila polis minta telefon

Syahredzan juga ada kongsikan video berkaitan perkara yang boleh dilakukan jika pegawai polis meminta telefon. Anda boleh minta mereka tunjukkan kad kuasa terlebih dahulu. Menurut Syahredzan, lebih baik individu berikan kerjasama dengan serahkan telefon pada polis. Jika tidak beri, kita mungkin akan dikatakan menghalang tugas polis. Tapi jika anda rasa tiada asas untuk mereka periksa telefon anda, maka anda boleh pertimbangkan saman di kemudian hari.

Pada tahun 2015, aktivis Fahmi Reza telah berjaya saman pihak berkuasan dan terima pampasan lebih RM30 ribu. Hal ini berikutan dia pernah terlibat dengan penahanan yang tidak sah pada tahun 2012.

[Sumber: SimpletonED, Syahredzan Johan]

Bacaan berkaitan

  • Adakah polis boleh semak telefon bimbit orang awam secara rambang?
Tags: pdrm
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Polis tiba-tiba mahu periksa telefon anda? Ambil tindakan ini dan ketahui hak rakyat

Polis tiba-tiba mahu periksa telefon anda? Ambil tindakan ini dan ketahui hak rakyat

25 May 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER