• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme akan perkenal telefon edisi khas Naruto, ada beg sandang ninja bergaya

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 26/05/2022
  • Komen
Realme akan perkenal telefon edisi khas Naruto, ada beg sandang ninja bergaya
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa tak kenal Naruto, anime ninja kegemaran ramai yang memiliki pelbagai jurus magik menggunakan ikatan tangan dan kertas gulungan. Tidak lama lagi, Naruto akan menambah senjata rahsianya iaitu telefon pintar Realme.

Realme akan melancarkan telefon pintar edisi khas Naruto di China tidak lama lagi. Sehubungan itu, Realme sendiri telah berkongsi beberapa gambar tentangnya. Malah, Realme Malaysia sendiri ada berkata tentang perkara ini. Adakah ini petanda ia akan datang ke Malaysia nanti?



Di telefon itu sendiri, modul kamera belakangnya kelihatan seperti plat pengikat kepala ninja. Malah, ia ada logo daun iaitu simbol kampung konoha, kampung asal Naruto sendiri. Ada juga tanda Realme X Naruto di situ. Bagaimanapun, rupa lain telefon masih tidak kelihatan.

Tetapi perkara paling menarik tentang edisi khas ini adalah beg gulungan ninja yang datang bersamanya. Ia tidak terlalu besar dan boleh disandang di sebelah bahu, membawa barang-barang yang kecil seperti telefon pintar dan aksesorinya. Ia nampak sangat menarik dengan kemasan kulit serta tali sandang.



Perkara penting lain adalah spesifikasi telefon tersebut. Edisi khas Naruto ini kelihatan dibuat berdasarkan model Realme GT Neo 3, yang telah dilancar di China dan India. GT Neo 3 ada skrin AMOLED 6.7-inci HD Penuh 120Hz. Ia menggunakan cip berkuasa tinggi, Mediatek Dimensity 8100 5G 5nm, bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

Kamera di belakang ada tiga iaitu kamera utama 50MP dengan sensor SonyIMX766, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin. Sistem bunyi telefon ini adalah stereo dan menyokong teknologi Hi-res Audio serta Dolby Atmos.

Baterinya 5,000mAh dan ada pengecasan pantas SuperDart 80W USB-C. Kepala pengecas diberikan bersama dan Realme menyatakan ia boleh mengecas dari 0-50% dalam masa 12 minit sahaja.

Bagaimanapun, ada juga model yang memiliki kuasa mengecas SuperDart 150W, mampu mengecas 0-50% dalam 5 minit sahaja. Tetapi model ini ada bateri lebih kecil 4,500mAh. Di India, Realme GT Neo 3 datang dengan sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12.

Setakat ini, telefon khas Naruto ini kelihatan eksklusif untuk China. Untuk rujukan, harga jualan Realme GT Neo 3 dengan pengecas 80W di China adalah CNY 1,999 (~RM1,315) bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Versi pengecas 150W pula berharga CNY 2,599 (~RM1,707) dan ada RAM 12GB dan stpran 256GB.

[Sumber: @UniverseIce, Weibo 1, Weibo 2]

Tags: narutoRealmeRealme GT Neo 3
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Realme akan perkenal telefon edisi khas Naruto, ada beg sandang ninja bergaya

Realme akan perkenal telefon edisi khas Naruto, ada beg sandang ninja bergaya

26 May 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER