• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:05 pm
  • 01/06/2022
  • Komen
Honor Magic 4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi telefon yang diperkasa Snapdragon 8 Gen 1 masuki Malaysia. Kali ini datangnya dari Honor melalui Honor Magic 4 Pro.

Harga jualan Honor Magic 4 Pro di Malaysia

Honor Magic 4 Pro dijual di Malaysia pada harga RM3,999. Tempahan awal untuk milikinya bermula 1 Jun 2022 sehingga 10 Jun 2022. Setiap tempahan awal akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,656. Anda boleh lakukan tempahan awal di Lazada dan juga Shopee.



Pemberian percuma merangkumi Honor Watch GS 3, Honor Magic 4 Pro casing, jaminan 6 bulan daripada skrin retak dan juga jaminan tambahan 2 tahun.

Spesifikasi Honor Magic 4 Pro

Bermula di bahagian muka, Honor mengenakan panel LTPO OLED sebesar 6.81” kepada telefon ini. Ia ada resolusi QHD dengan kadar segar semula 120Hz. Lagi tentang frekuensi, Honor berbangga mengatakan inilah telefon pertama dalam industri yang frekuensi pulse width modulation mencapai 1920Hz.



Menurut Honor, ciri ini membantu mengurangkan fenomena paparan flickering dan seterusnya membasmi kelesuan mata kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Panel paparan ini menyokong piawaian HDR10+ bermakna kecerahannya boleh melewati paras 1000 nits dan pada sudut warna, ia mencakupi keseluruhan gamut warna DCI-P3.

Pengeluarnya turut berbangga pada kehadiran cip Motion Estimation Motion Technology. Ciri ini biasanya ada pada TV yang mampu berikan pengalaman seakan menonton kandungan 60fps walaupun bersumberkan media 30fps.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. SoC itu bergandingan bersama RAM 8GB LPDDR5 dan storan seluas 256GB. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi Magic UI 6.0 berasaskan Android 12. Namun, pengeluarnya berkongsikan yang mereka cuma komited untuk menyokong sehingga 2 naik taraf versi Android sahaja.

Di bahagian belakang, modul kameranya terletak dalam bulatan hitam bahagian tengah telefon ini. Kedudukan kamera sebegini saya rasakan mudah untuk comot kerana jari saya sering menyentuh lensa kamera sewaktu menggunakan telefon. Saya sarankan untuk pengguna telefon ini kelak untuk sentiasa mengelap lensa sebelum mula mengambil gambar.

Apa-apapun, anda terima tiga buah kamera belakang dengan kombinasi sensor 50MP (utama), 50MP (ultralebar), dan 64MP (telefoto 3.5x optikal, 100x digital). Selfie pula diambil menggunakan kamera 12MP.

Salah satu ciri unik telefon ini adalah pada bahagian bateri. Tangki bateri Honor Magic 4 Pro adalah sebesar 4.600mAh. Tidaklah terlalu besar tapi untuk mengecasnya, ia menyokong sistem pengecasan 100W sama ada berkabel ataupun tak berkabel. Mengecas telefon ini sangat pantas, kurang daripada 30 minit untuk satu pengecasan penuh.

Tags: androidhonorhonor magichonor magic 4 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor Magic 4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Honor Magic 4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

1 June 2022
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN