• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GrabMaps, ruang terbaru menjana pendapatan melalui data pengguna, peniaga & penghantar

  • OLEH Najib
  • 2:23 pm
  • 09/06/2022
  • Komen
GrabMaps, ruang terbaru menjana pendapatan melalui data pengguna,  peniaga & penghantar
Share on FacebookShare on Twitter

Grab menyediakan pelbagai perkhidmatan buat keperluan pengguna seharian menerusi aplikasi super mereka. Ini juga menjadikan Grab memiliki banyak data pengguna yang boleh digunakan untuk mengoptimumkan lagi urusan perniagaan.

Kini Grab mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan perkhidmatan perusahaan baharu, GrabMaps, yang mampu memanfaatkan peluang pasaran USD1 bilion (~RM4.39 bilion) setahun di Asia Tenggara untuk pemetaan dan perkhidmatan berasaskan lokasi.



Pengasas bersama Tan Hooi Ling berkata pengkomersialan teknologi itu adalah satu langkah ke hadapan yang penting untuk syarikat, perusahaan dan inisiatif baharu berkembang pesat.

“Teknologi baharu ini menyediakan risikan dan perkhidmatan berasaskan lokasi kepada semua perkhidmatan Grab di tujuh daripada lapan negara tempat ia beroperasi dan Grab menjangkakan akan bergantung sepenuhnya dengan GrabMaps menjelang suku ketiga 2022. GrabMaps hari ini menguasai lebih 800 bilion panggilan API (antara muka pengaturcaraan aplikasi) setiap bulan merentasi pelbagai perkhidmatan Grab,” katanya pada Pelancaran Media GrabMaps maya hari ini.



Antara perkhidmatan yang disediakan aplikasi Grab

GrabMaps juga akan menyediakan penyelesaian mereka buat perniagaan, seperti peta berasaskan data, peralatan membuat peta dan perisian-sebagai-perkhidmatan (SaaS) serta API dan kit pembangunan perisian mudah alih.

Kelebihan utama yang ada di GrabMaps adalah pemetaan berasaskan komuniti melalui pelanggan Grab, peniaga, serta rakan pemandu dan penghantar. Ini menjadikan GrabMaps lebih ke hadapan dari segi ketepatan, liputan dan maklumat terkini, sambil mengekalkan kecekapan kos, terang Tan lagi.

Grab kini telah mengumpul 33 juta tempat menarik (POI) dan maklumat-maklumat penting lain seperti imej jalan, nama jalan dan papan tanda lalu lintas serta akan menambah 5 juta lagi menjelang akhir 2022.

[Sumber: Bernama]

Tags: GrabGrabMaps
Najib

Najib

POPULAR

GrabMaps, ruang terbaru menjana pendapatan melalui data pengguna,  peniaga & penghantar

GrabMaps, ruang terbaru menjana pendapatan melalui data pengguna, peniaga & penghantar

9 June 2022
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN