• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rapid KL 30-day Free Ride: Apa jadi kalau anda beli pas My50 pada 16 Jun 2022?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:20 am
  • 17/06/2022
  • Komen
Rapid KL 30-day Free Ride: Apa jadi kalau anda beli pas My50 pada 16 Jun 2022?
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami laporkan, syarikat Prasarana mengumumkan inisiatif tambang percuma selama sebulan hingga 15 Julai 2022 bersempena dengan pembukaan MRT2 Fasa 1. Ia tentu sekali memanfaatkan semua warga kota yang menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang secara harian. Namun ada satu golongan yang mungkin berada dalam keadaan keliru.

Tambang percuma sehingga 15 Julai 2022 untuk MRT, LRT, BRT, Monorail, dan Rapid KL – SoyaCincau.com



Pastinya ada yang baru saja memperbaharukan pas My50 mereka pada hari pengumuman inisiatif itu. Jadi, apa penyelesaian yang mereka ada?

Menurut dokuman Terma & Syarat program Rapid KL 30-day Free Ride (RKLFR), pengguna yang telah membeli pas My50 pada 16 Jun 2022 boleh gunakan pas mereka seperti biasa. Selepas pas tersebut tamat, mereka boleh menebus promo RKFLR antara 23 hingga 25 Julai 2023.



Makanya, tempoh promo tambang percuma mereka bermula sebulan selepas temoh yang dinikmati orang yang tiada pas My50.

Kemudian, buat pemegang pas My50 yang tempoh tamatnya adalah antara 17 Jun hingga 15 Julai 2022, mereka boleh menebus promo RKLFR mereka sehari selepas tarikh luput pas My50.

Salah satu syarat yang dikenakan kepada yang menggunakan manfaat RKLFR adalah mereka perlu memastikan baki sekurang-kurangnya RM5.00 dalam pas My50, TNG, atau kad konsesi. Kemudian mereka masih perlu tap masuk dan keluar seperti biasa.

Buat pengguna token, token boleh didapatkan di kaunter stesen kereta api.

Wajib isi survei untuk mula gunakan RKLFR

Prasarana juga dilihat mengambil kesempatan untuk mengumpul sebanyak mungkin data penggunanya melalui survei yang diwajibkan diisi setiap penumpang.

Mereka meminta data berikut daripada penumpang melalui Google Form ataupun borang fizikal:

  • E-mel
  • Nama Penuh
  • No. Telefon Bimbit
  • Jantina
  • Umur
  • Bangsa
  • Pendapatan Sebulan
  • Adakah anda gunakan RKLFR dengan kanak-kanak?
  • Umur kanak-kanak (kalau ada)
  • Kekerapan menggunakan perkhidmatan Rapid KL dalam seminggu
  • Perbelanjaan sebulan untuk Rapid KL
  • Komen
  • Adakah anda pemegang pas My50
  • Tujuan utama menggunakan RKLFR
Tags: my50Pengangkutan awamRapid KLRapidKL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Rapid KL 30-day Free Ride: Apa jadi kalau anda beli pas My50 pada 16 Jun 2022?

Rapid KL 30-day Free Ride: Apa jadi kalau anda beli pas My50 pada 16 Jun 2022?

17 June 2022
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER