• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:23 am
  • 20/06/2022
  • Komen
5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami war-warkan Ogos tahun lalu tentang satelit MEASAT-3d yang bakal dilancarkan, kini kita sudahpun ada tarikh khususnya. Pelancaran dijadualkan pada 22 Jun 2022. Sementara menunggu, ini adalah 5 perkara menarik tentangnya.

1. Satelit baharu MEASAT selepas 8 tahun

Kali terakhir sebuah MEASAT dilancarkan adalah dalam bulan September 2014 iaitu MEASAT-3b. MEASAT-3d akan diletakkan di slot 91.5°E untuk menyertai beberapa satelit MEASAT lain. Ia bagi memastikan keberterusan perkhidmatan terutamanya pada servis penyiaran Astro dan lain-lain perkhidmatan telekomunikasi.



2. MEASAT-3d adalah satelit tercanggih pemiliknya setakat ini

MEASAT-3d dibangunkan berasaskan satelit geopegun Eurostar E3000 keluaran Airbus. Padanya terdapat pelbagai peralatan komunikasi untuk memenuhi keperluan masa ini dan masa depan. Selain menyokong isyarat C-band dan Ku-band, satelit ini juga menyokong isyarat Ka-band yang mampu menyediakan servis Internet sepantas 100Mbps berbanding 30Mbps yang ada sekarang.

Lebar jalur komunikasi turut diperluas sebanyak 10 kali kepada 30Gbps. Manfaatnya adalah kini ia boleh meyalurkan kandungan multimedia beresolusi sehingga 8K tanpa masalah.



Untuk persediaan menghadapi arus modenisasi, MEASAT-3d juga mengangkut kelengkapan untuk menyokong Q-band dan V-band, pertama seumpamanya untuk satelit Asia Pasifik.

Yang terakhir adalah, satelit ini juga bakal mengendalikan isyarat satelit bagi pihak gugusan satelit navigasi Korea (KASS).

3. Misi pertama Ariane 5 untuk 2022

Untuk mengangkut MEASAT-3d ke angkasa, roket pengangkut Flight VA257 (Ariane 5) akan digunakan. Ini adalah kali kedua roket itu diterbangkan dan kali pertama pada tahun ini apabila roket itu mengangkut Teleskop Angkasa James Webb.

Ariane 5 adalah roket pengangkut jumbo yang boleh mengangkat lebih 10 tan metrik beban masuk ke orbit.

Lokasi pelancaran adalah di Pusat Angkasa Guiana di French Guiana iaitu tempat yang sama semua satelit MEASAT dilancarkan setakat ini.

4. MEASAT-3d akan diangkut bersama GSAT-24 milik India

Ariane 5 akan mengangkut dua satelit serentak. Selain MEASAT-3d, satu lagi satelit yang akan bersama dalam ruangan pengangkut adalah GSAT-24 milik India. Ini adalah satelit Ku-band yang direka untuk menambah baik sistem penyaiaran TV satelit negara India.

GSAT-24 memiliki jangka hayat 15 tahun.

Menurut kepada jadual pelancaran, MEASAT-3d akan dilepaskan 28 minit selepas roket naik manakala GSAT-24 11 minit kemudian.

5. Cara menonton pelancaran MEASAT-3d

Pelancaran MEASAT-3d akan disiar secara langsung pada 23 Jun 2022 (waktu Malaysia). Tetingkap waktu pelancaran adalah antara 5:03 pagi hingga 6:43 pagi. Anda boleh menontonnya di Astro Awani.

Tags: aeroangkasaastroMEASATmeasat-3dsatelit
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

20 June 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER