• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

A.S pun mahu ikut langkah Eropah untuk piawaikan port pengecas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:53 pm
  • 20/06/2022
  • Komen
Realme X2 Pro: Buka Kotak & Hands-on
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan Senator daripada sayap Demokrat menghantar surat kepada Setiausaha Perdagangan A.S yang mengandungi cadangan supaya peralatan elektronik mempunyai port pengecasan yang standard. Langkah ini kedengaran seperti yang berlaku di Kesatuan Eropah kami laporkan tempoh hari.

Hujah yang dibawa kedepan juga hampir sama seperti yang dibentang di Kesatuan Eropah seperti pengurangan sisa elektronik.



Bezanya di A.S berbanding di Eropah, para Senator yang mengutarakan cadangan ini tidak menyebut USB-C sebagai port piawai, sebaliknya mencadangkan kepada A.S untuk merangka strategi ke arah penggunaan satu piawaian sepunya untuk semua peranti elektronik.

Buat anda yang terlepas berita dari Eropah, pihak berkuasa di sana telah meluluskan satu undang-undang yang mewajibkan semua peranti mudah alih dalam kategori telefon, tablet, dan kamera menggunakan USB-C sebagai kaedah untuk mengecas.



Selain daripada 3 peranti mudah alih yang disebutkan tadi, peraturan yang sama turut terpakai untuk e-reader, earbuds, headfon, konsol permainan mudah alih, speaker, dan banyak lagi.

(1/2)
My latest survey indicates that 2H23 new iPhone will abandon Lightning port and switch to USB-C port. USB-C could improve iPhone's transfer and charging speed in hardware designs, but the final spec details still depend on iOS support.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) May 11, 2022

iPhone adalah antara yang dilihat akan terkesan kerana ia masih menggunakan port Lightning sedangkan pesaingnya yang lain sudahpun berhijrah ke USB-C. Menurut laporan daripada sumber boleh dipercayai, rancangan untuk melancarkan iPhone dengan USB-C sudahpun ada mungkin seawal 2023 pada iPhone 15.

Sumber: TheVerge

Tags: usb-c
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme X2 Pro: Buka Kotak & Hands-on

A.S pun mahu ikut langkah Eropah untuk piawaikan port pengecas

20 June 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN