• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A57, peranti berkuasa Helio G35 dengan rekaan baru

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 27/06/2022
  • Komen
Oppo A57, peranti berkuasa Helio G35 dengan rekaan baru
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo kini melancarkan satu lagi model telefon pintar dalam kategori mampu milik, Oppo A57. Ia menawarkan pengecasan pantas, speaker stereo ultra linear, serta kemasan belakang nano-kristal digelar Oppo Glow.

Harga Jualan

Orang ramai boleh mula mendapatkan Oppo A57 di Malaysia pada 25 Jun 2022. Harga rasminya adalah:



  • Oppo A57 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699

Ia sedia dibeli di Stor Online Oppo Malaysia, Stor online di Shopee dan Lazada, serta di pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia. Ada dua warna boleh dipilih untuk Oppo A57, antara hijau dan hitam.

Spesifikasi Oppo A57

Untuk Oppo A57, ia masih menggunakan cip kelas permulaan yang serupa dengan beberapa model sebelum ini, iaitu Mediatek Helio G35. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4x 4GB dan storan dalaman eMMC 5.1 seluas 64GB. Kad mikroSD sehingga 1TB diterima untuk meluaskan storan. RAM maya sehingga 4GB turut disokong.



Skrin jenis LCD digunakan pada Oppo A57, berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD 720p. Pengimbas capjari digabungkan dengan butang kuasa di sisi. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C.

Takuk kecil di atas skrin menempatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang pula, ia memiliki dua kamera iaitu kamera utama 13MP F2.2 dan kamera mono 2MP F2.4.

Jek audio 3.5mm masih kekal ada di Oppo A57 dan ia turut memiliki speaker stereo ultra linear, dikatakan dua kali lebih kuat bunyinya daripada biasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman produk Oppo A57.

Tags: oppoOppo A57
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Oppo A57, peranti berkuasa Helio G35 dengan rekaan baru

Oppo A57, peranti berkuasa Helio G35 dengan rekaan baru

27 June 2022
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER