• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

  • OLEH Najib
  • 9:27 am
  • 30/06/2022
  • Komen
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 30 Jun adalah tarikh akhir yang ditetapkan oleh kerajaan untuk syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia menandatangani perjanjian 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB), selaku penyedia perkhidmatan 5G tunggal di Malaysia. Tetapi masih tidak ada sebarang pengumuman mengenainya walau sudah di saat akhir.

Bagaimanapun, khabar dari seberang tambak membongkarkan perkara yang dikatakan perjanjian telah dicapai oleh 6 telco, menerusi terma perjanjian yang tidak mengikat. Turut dinyatakan, 6 telco ini juga bersetuju untuk mengambilalih pegangan di dalam DNB awal bulan Julai nanti.



Walaupun laporan oleh Straits Times dari Singapura itu tidak menyebut nama telco, berkemungkin besar 6 telco tersebut adalah Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, serta Telekom Malaysia dan juga YTL Communications.

Sumber industri yang tidak dinamakan telah memberitahu Straits Times bahawa mereka kini sedang membuat penilaian wajar dan dijangka selesai dalam tempoh 2 minggu. Laporan yang sama turut menyebut bahawa perjanjian itu akan datang bersama harga yang dinilai semula oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) setiap tiga tahun.



Selain itu, harga borong akan diberi diskaun sehinggalah DNB berjaya mencapai 80% liputan populasi, yang disasarkan pada akhir 2024. Buat masa ini, DNB mahu mengenakan caj RM30,000 setiap Gbps sebulan untuk akses 5G bagi 1,200Gbps pertama dalam kapasiti, dan diskaun RM22,000 sebulan untuk kapasiti seterusnya.

Sebelum ini, kerajaan cuba memberi tekanan kepada telco apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan mahu memberi lesen kepada syarikat baru jika penyertaan telco di dalam DNB tidak mencukupi. Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul pula menyebut, kepentingan negara dan rakyat perlu mendahului sebarang kepentingan sempit telco dan komersial. Dia percaya, langkah menggunakan Rangkaian Borong Tunggal (SWN) akan menguntungkan telco untuk jangka panjang kerana tiada pelaburan perbelanjaan yang besar diperlukan, kerana ia ditanggung oleh DNB.

Empat telco utama Malaysia masih enggan menandatangani perjanjian dengan DNB dan telah membangkitkan kebimbangan mereka tentang harga tawaran akses rujukan (RAO) yang tidak memberi kualiti perkhidmatan 5G yang mampu milik kepada rakyat. Selain itu, masalah yang dibangkitkan seperti ketelusan perjanjian, rangka kawal selia dan jumlah kos menyewa akses dari DNB yang mungkin lebih mahal daripada membangunkan rangkaian 5G sendiri. Menurut laporan CGS-CIMB, DNB menjangkakan bayaran daripada Maxis, Celcom dan Digi sekitar RM7.4- RM8.4 bilion setiap satu, antara 2022 hingga 2030.

Jika DNB perlu menyemak harga borong mereka setiap tiga tahun, ia akan melibatkan perubahan pada harga RAO yang buat masa ini, dikunci terus selama 10 tahun. Selain itu, SKMM juga perlu menambah rangka 5G ke dalam Harga Akses Standard Mandatori (MSAP).

Walaupun laporan Straits Times menyatakan telco akan menikmati diskaun untuk harga borong DNB sehingga 80% liputan 5G dicapai, masalah lain yang mungkin timbul adalah harga yang perlu dibayar pengguna selepas liputan 5G meluas mungkin lebih tinggi. Kebiasaannya, kos data menurun mengikut masa kerana penggunaan data meningkat setiap tahun. Contohnya, data 4G dahulu mencecah RM30 setiap GB pada 2013 tetapi hari ini, 1GB 4G hanya RM1 atau lebih murah.

Meskipun TM dan YTL dilaporkan telah bersetuju dengan pengambilalihan pegangan DNB, sebenarnya TM masih mengkaji perjanjian tersebut. Buat masa ini, hanya YTL Communications menerusi Yes 5G telah menyediakan perkhidmatan 5G menggunakan rangkaian DNB.

[Sumber: Straits Times]

Tags: 5gcelcomdigiDNBmaxisu mobileYES
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 June 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER